Gaya pembelajaran pelajar Pra-Diploma Sains dalam Matematik berdasarkan Model VARK

Shamsuddin, Maisurah and Mahlan, Siti Balqis and Hamat, Muniroh and Alias, Fadzilawani Astifar (2026) Gaya pembelajaran pelajar Pra-Diploma Sains dalam Matematik berdasarkan Model VARK. Merging Lanes: Where E-Learning Diversity Meets Future Trends, 11. pp. 121-127. ISSN 978-629-98755-9-8

Official URL: https://appspenang.uitm.edu.my/sigcs/

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran pelajar Pra-Diploma Sains dalam subjek Matematik berdasarkan Model VARK (Visual, Auditory, Read/Write dan Kinesthetic). Selain itu, kajian ini juga meneliti kecenderungan pelajar terhadap gaya pembelajaran unimodal atau multimodal serta pola umum skor VARK dalam kalangan pelajar. Reka bentuk kajian kuantitatif deskriptif digunakan dengan melibatkan seramai 30 orang pelajar Pra-Diploma Sains yang mengikuti kursus Matematik Pertengahan. Data dikumpulkan menggunakan soal selidik Model VARK dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif seperti min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan. Ujian kebolehpercayaan instrumen menunjukkan nilai Cronbach’s Alpha yang tinggi, iaitu 0.888. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti pelajar cenderung kepada gaya pembelajaran unimodal, dengan gaya Visual dan Kinestetik mencatatkan skor purata yang lebih tinggi berbanding gaya lain. Walaupun bilangan pelajar multimodal adalah kecil, kewujudan kumpulan ini menunjukkan kepelbagaian corak pembelajaran dalam kalangan pelajar Pra-Diploma Sains. Secara keseluruhannya, kajian ini memberikan gambaran awal tentang profil dan pola gaya pembelajaran pelajar dalam pembelajaran Matematik, yang boleh dijadikan asas kepada perancangan strategi pengajaran yang lebih pelbagai dan inklusif

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Shamsuddin, Maisurah
maisurah025@uitm.edu.my
Mahlan, Siti Balqis
sitibalqis026@uitm.edu.my
Hamat, Muniroh
sitibalqis026@uitm.edu.my muniroh@uitm.edu.my
Alias, Fadzilawani Astifar
fadzilawani.astifar@uitm.edu.my
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Abd Rahman, Nor Hanim
UNSPECIFIED
Chief Editor
Othman, Jamal
UNSPECIFIED
Subjects: Q Science > QA Mathematics > Study and teaching
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: Merging Lanes: Where E-Learning Diversity Meets Future Trends
ISSN: 978-629-98755-9-8
Volume: 11
Page Range: pp. 121-127
Keywords: Gaya pembelajaran, Model VARK, Pra-diploma sains
Date: April 2026
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/136794
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 136794.pdf] Text
136794.pdf

Download (673kB)

ID Number

136794

Indexing

Statistic

Statistic details