Abstract
Daging kultur merupakan produk inovasi bioteknologi makanan tanpa melibatkan penyembelihan haiwan secara konvensional dan dihasilkan melalui pengkulturan sel haiwan di makmal. Namun, penghasilan daging kultur memperlihatkan beberapa masalah seperti ketiadaan garis panduan halal dan keselamatan yang jelas oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Isu ini menjadi titik tolak kepada objektif kajian iaitu untuk mengenal pasti potensi mudarat pada titik kawalan halal (TKH), seterusnya menganalisis strategi bagi menguruskan potensi mudarat dalam pelan pengurusan risiko halal. Kedua-dua objektif ini menjadi asas kepada matlamat utama kajian iaitu garis panduan halal bagi mengawal selia proses pengeluaran daging kultur. Kajian menggunakan reka bentuk kualitatif secara eksploratori (formulatif) melalui kaedah temu bual bersama pakar rujuk yang terdiri daripada ahli akademik, badan autoriti, dan syarikat pemula yang terlibat dalam pengeluaran daging kultur. Data yang terkumpul dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik. Hasil kajian mendapati bahawa potensi mudarat wujud pada tiga fasa utama proses pengeluaran daging kultur iaitu sebelum (sumber sel dan kaedah pengekstrakan), semasa (medium pertumbuhan, bahan tambahan, teknologi, keselamatan produk), dan selepas (pembungkusan, pelabelan dan logistik). Lima strategi dicadangkan iaitu komitmen pihak berkepentingan, kawalan bahan mentah, pembangunan kawalan risiko halal, pelaksanaan audit dan verifikasi ujian makmal. Kerjasama antara industri, autoriti dan akademia penting bagi menjamin keberkesanan pelan pengurusan risiko halal. Secara keseluruhan, pembangunan garis panduan halal ini dapat menjadi asas rujukan kepada industri dan pihak berkuasa dalam memastikan produk daging kultur yang selamat, halal dan diyakini oleh pengguna Muslim di peringkat tempatan dan global.
Metadata
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Shaharudin, Aimi Shafinaz 2021350929 |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Zarmani, Nur Farhani UNSPECIFIED Thesis advisor Hamdan, Mohammad Naqib UNSPECIFIED |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General) T Technology > T Technology (General) |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
| Programme: | Sarjana Pengajian Islam Kontemporari |
| Keywords: | Daging kultur, Halal, Garis panduan, Pengeluaran daging. |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/136736 |
Download
136736.pdf
Download (237kB)
Digital Copy
Physical Copy
ID Number
136736
Indexing
