Kajian ini bertujuan meneliti tahap penjajaran antara hasil pembelajaran kursus (CLO), kandungan, strategi pengajaran dan pentaksiran dalam kursus Prinsip-Prinsip Asas Islam (CTU101) berdasarkan kerangka Taksonomi Bloom dan konsep constructive alignment. Dalam konteks pendidikan kontemporari, penjajaran yang sistematik antara komponen kurikulum adalah penting bagi memastikan keberkesanan pengajaran dan pencapaian hasil pembelajaran secara holistik. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen dan kajian kepustakaan terhadap silibus kursus, CLO, serta Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). Analisis kandungan dan tematik digunakan bagi mengenal pasti tahap keselarasan antara elemen-elemen tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa walaupun struktur kursus CTU101 telah dirangka berasaskan prinsip penjajaran, masih wujud ketidaksejajaran antara CLO, kandungan kursus dan pentaksiran, khususnya dari segi aras domain kognitif. Penilaian didapati lebih tertumpu kepada aras kognitif rendah seperti mengingat, memahami dan mengaplikasi, berbanding aras tinggi seperti menganalisis, menilai dan mencipta. Selain itu, ketidakkonsistenan dalam pelaksanaan pengajaran antara pensyarah serta kekeliruan dalam mentafsir aras kognitif turut menyumbang kepada jurang antara perancangan kurikulum dan pelaksanaan sebenar.Sehubungan itu, kajian ini mencadangkan pengukuhan prinsip constructive alignment melalui pemetaan yang jelas antara CLO, kandungan dan pentaksiran, pembangunan garis panduan aras kognitif, latihan profesional pensyarah, serta penggunaan pelbagai kaedah pentaksiran yang lebih autentik. Kesimpulannya, penjajaran kurikulum yang berasaskan taksonomi pendidikan secara sistematik berupaya meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, seterusnya menyokong pembangunan pelajar yang seimbang dari segi intelek dan sahsiah.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Yaacob, Hamdi Rahman hamdi105@uitm.edu.my Zulkipli, Shahril Nizam shah4107@uitm.edu.my Jamil, Atiratun Nabilah atiratun1774@uitm.edu.my Aziz, Nurul Hidayah nurul863@uitm.edu.my Muhamad Sharifuddin, Nurhidayah hidayahsharifuddin@uitm.edu.my |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Study and teaching. Research L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak |
| Journal or Publication Title: | Islamic Journal of Cultural Studies |
| UiTM Journal Collections: | UiTM Journals > Islamic Journal of Cultural Studies (IJCS) |
| ISSN: | 3120-3914 |
| Volume: | 2 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | pp. 110-121 |
| Keywords: | Domain Kognitif, Hasil pembelajaran, Penjajaran konstruktif, Prinsip Asas Islam, Taksonomi Bloom |
| Date: | March 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/136658 |
136658.pdf
