Peralihan pedagogi mendorong kepada amalan pengajaran dan pembelajaran (PdP) ke arah pendekatan aktif dan interaktif untuk meningkatkan penglibatan pelajar dalam bilik kuliah. Namun demikian, interaksi yang aktif tidak menghasilkan pembelajaran yang bermakna kerana interaksi pedagogi sering tertumpu kepada penyertaan pelajar tanpa menyepadukan dimensi nilai, adab dan pembentukan makna. Pembelajaran bermakna dalam pendidikan Islam perlu difahami sebagai proses yang menyatukan ilmu, amal dan akhlak melalui kerangka ta’dib .Walau bagaimanapun, kajian pedagogi interaktif lebih menumpukan strategi instruksional dan penglibatan pelajar berbanding peranan pendidik sebagai muaddib. Selain itu keterbatasn kemahiran mikro pedagogi dalam kangan pendidik untuk menafsir, merespons dan membina hubungan pedagogi yang berkualiti turu menyumbang kepada interaksi yang kurang bermakna dalam PdP. Oleh itu, artikel ini bertujuan menghuraikan konsep muaddib dan menganalisis dimensi karakter pendidik dalam pedagogi Pendidikan Islam melalui sorotan literatur.Sorotan ini distrukturkan kepada lima imensi karakter muaddib iaitu, adab dan integriti, qudwah hasanah, Rahmah dalam hubungan pendidik dan pelajar, hikmah pedagogi serta reflektif dan muhasabah. Implikasi karakter muaddib yang kompeten menghasilkan interaktiviti PdP yang membimbing pembentukan ilmu, kesedaran manah ilmu dan adab pelajar.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Saharudin, Nur Afifah nurafifahbintisaharudin@gmail.com Mohd Noor, Ahmad Firdaus firdausnoor@uitm.edu.my Zainal Abidin, Mohd Zahirwan Halim mohdz560@perak.uitm.edu.my Ayub, Mohd Nasir UNSPECIFIED Wan Hamat, Wan Norina wnnorina@gmail.com Sulaiman, Norhaslina UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Teaching (Principles and practice) L Education > LC Special aspects of education > Islamic education |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak |
| Journal or Publication Title: | Islamic Journal of Cultural Studies |
| UiTM Journal Collections: | UiTM Journals > Islamic Journal of Cultural Studies (IJCS) |
| ISSN: | 3120-3914 |
| Volume: | 2 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | pp. 95-109 |
| Keywords: | Muaddib, Karakter pendidik, Interaksi bermakna, Pedagogi Pendidikan Islam, PDP interaktif |
| Date: | March 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/136656 |
136656.pdf
