Kesabaran yang hilang: pelajar bahasa mandarin zaman selepas covid

Chong, Peng Hwa and Toh, Ling Ling and Boo, Xue Men (2025) Kesabaran yang hilang: pelajar bahasa mandarin zaman selepas covid. e-DINAMIK. pp. 101-102. ISSN 2682-7832
Abstract

Pandemik Covid-19 telah meninggalkan kesan yang besar terhadap sistem pendidikan dunia, termasuk di Malaysia. Peralihan secara mendadak kepada pengajaran dan pembelajaran dalam talian bukan sahaja mengubah kaedah penyampaian ilmu, tetapi juga telah membentuk semula sikap, motivasi, dan daya tahan pelajar. Dalam konteks pembelajaran bahasa asing seperti Mandarin, ramai pengajar mendapati satu perubahan yang ketara: kesabaran pelajar semakin berkurang apabila mereka balik kepada keadaan normal dalam kelas. Jika sebelum ini pelajar lebih sanggup menunggu proses penguasaan berlaku secara perlahan, pasca-Covid memperlihatkan generasi yang lebih tergesa-gesa, mudah hilang minat, dan cepat putus asa apabila berhadapan dengan cabaran pembelajaran bahasa yang kompleks.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 136439.pdf]
Text
136439.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics