Kerangka konseptual reka bentuk emodul Ai-Kfiqh untuk pendidikan TVET integrasi DDR dan pendekatan Ibn Khaldun: satu sorotan

Wan Hamat, Wan Norina and Mohd Noor, Ahmad Firdaus and Zainal Abidin, Mohd Zahirwan Halim and Hassan, Paiz and Saharudin, Nur Afifah and Mohamed Yusoff, Ahmad Fkrudin (2026) Kerangka konseptual reka bentuk emodul Ai-Kfiqh untuk pendidikan TVET integrasi DDR dan pendekatan Ibn Khaldun: satu sorotan. Islamic Journal of Cultural Studies, 2 (1). pp. 42-55. ISSN 3120-3914
Abstract

Perkembangan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence, AI) telah memperluas penggunaan pendekatan pembelajaran adaptif dalam pendidikan tinggi. Namun, integrasi AI dalam pendidikan Islam, khususnya dalam pengajaran Kaedah Fiqh di institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) masih terhad dan kurang dibangunkan secara sistematik. Kajian ini mencadangkan reka bentuk eModul Ai-KFiqh berasaskan pendekatan Design and Development Research (DDR) dengan mengintegrasikan prinsip pendidikan Ibn Khaldun sebagai asas falsafah pedagogi. Sorotan literatur menunjukkan bahawa pelajar menghadapi kesukaran mengaplikasikan lima kaedah asas fiqh dalam situasi teknikal sebenar, manakala pendekatan pengajaran masih cenderung berorientasikan syarahan dan kurang kontekstual. Sehubungan itu, kerangka yang dicadangkan menggabungkan pembelajaran berperingkat (tadarruj), latihan berulang bagi pembinaan malakah, pendekatan inkuiri berasaskan kes teknikal serta penggunaan AI sebagai agen sokongan pedagogi yang menyediakan maklum balas dan laluan pembelajaran adaptif. Kajian ini menyumbang kepada pembangunan pedagogi digital pendidikan Islam dengan menghubungkan tradisi pemikiran klasik Ibn Khaldun dan inovasi teknologi kontemporari dalam satu model pembangunan modul yang sistematik dan kontekstual. Kajian lanjutan berbentuk empirikal dicadangkan bagi menilai kebolehgunaan dan keberkesanan modul yang dibangunkan dalam konteks TVET.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 136389.pdf]
Text
136389.pdf
Download (465kB)
Indexing & Metrics