Template sorotan literatur bagi pengajian pasca siswazah pengajian islam (TSL-PI)

Yusof @ Salleh, Muhammad Yusri and Ismail, Masthurhah and Jaapar, Khafizatunnisa' and Isamail, Mohamad Zaim and Mohd Noor, Mohd Syukri (2026) Template sorotan literatur bagi pengajian pasca siswazah pengajian islam (TSL-PI). Islamic Journal of Cultural Studies, 2 (1). pp. 30-41. ISSN 3120-3914
Abstract

Sorotan literatur merupakan komponen asas dalam penyelidikan pasca siswazah kerana ia menentukan kekuatan justifikasi akademik serta kedudukan sesuatu kajian dalam tradisi keilmuan yang sedia ada. Dalam konteks Pengajian Islam, penyusunan sorotan literatur menjadi lebih kompleks kerana melibatkan hierarki sumber yang merangkumi al-Qur’an, al-Sunnah, karya turath dan kajian kontemporari. Namun demikian, amalan sorotan literatur dalam kalangan pelajar pasca siswazah masih cenderung bersifat deskriptif dan kurang sintesis analitik yang sistematik. Artikel ini bertujuan membangunkan Template Sorotan Literatur Pengajian Pasca Siswazah Pengajian Islam (TSL-PI) sebagai satu kerangka berstruktur yang dapat memperkukuh kualiti analisis literatur. Kajian ini menggunakan pendekatan konseptual melalui analisis literatur metodologi dan sintesis pedagogi penyelidikan. TSL-PI dibangunkan berasaskan empat komponen utama iaitu pemetaan sumber ilmu, pengelompokan tematik, analisis perbandingan dan kritikal serta sintesis jurang kajian. Dapatan konseptual menunjukkan bahawa template ini berpotensi berfungsi sebagai instrumen epistemologi, metodologi dan pedagogi dalam mempertingkatkan kejelasan analisis literatur serta pembinaan justifikasi kajian. Model ini diharapkan dapat menyumbang kepada pembudayaan penyelidikan yang lebih sistematik, kritikal dan bersepadu dalam bidang Pengajian Islam.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 136327.pdf]
Text
136327.pdf
Download (428kB)
Indexing & Metrics