Masyarakat Melayu mewarisi pelbagai khazanah tradisi Islam. Sebahagiannya menjadi polemik dalam kalangan agamawan kerana ia melibatkan amalan yang tidak dilakukan oleh Nabi SAW atau bukan Sunnah Nabi dan ia ditinggalkan oleh Nabi SAW. Amalan ini termasuklah bacaan zikir dan selawat di antara solat sunat tarawih. Ia merupakan amalan masyarakat Islam di Malaysia yang menjadi diwarisi sehingga hari ini. Dalam mendepani isu-isu yang berkait rapat dengan tradisi masyarakat, para ulama usul membincangkan ia berdasarkan parameter uruf. Oleh yang demikian, kajian ini mengulas tentang amalan bacaan zikir dan selawat di antara ibadah solat tarawih dan meneliti unsur kearifan tempatan di sebalik amalan yang dilakukan sejak turun temurun. Bagi mencapai objektif, artikel ini menggunakan pendekatan perpustakaan sepenuhnya iaitu dengan mengaplikasikan metode dokumentasi. Data yang dikumpulkan dianalisis kandungannya secara induktif dan dianalisis berdasarkan hukum Islam yang menggunakan instrumen uruf. Hasil kajian mendapati bahawa amalan bacaan zikir dan selawat di antara ibadah solat tarawih yang menjadi tradisi masyarakat di Malaysia dikategorikan sebagai uruf sahih yang diterima di sisi syarak dan mendapati bahawa kearifan di sebalik amalan tersebut ialah antaranya memanfaatkan ruang istirehat di antara solat tarawih dengan perkara bermanfaat di samping mewujudkan kesatuan jemaah ketika bilal menyebutkan zikir dan selawat dan disambut oleh jemaah yang lain secara kolektif serta mewujudkan kecintaan kepada Rasulullah SAW.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ahmad Sokri, Muhammad Izzat Aiman izzatas7801@gmail.com Ramli, Mohd Anuar mohdanuar@um.edu.my |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > The practice of Islam B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > The practice of Islam > The five duties of a Moslem. Pillars of Islam |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak |
| Journal or Publication Title: | Islamic Journal of Cultural Studies |
| UiTM Journal Collections: | UiTM Journals > Islamic Journal of Cultural Studies (IJCS) |
| ISSN: | 3120-3914 |
| Volume: | 2 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | pp. 18-29 |
| Keywords: | Bid‘ah, Kearifan tempatan, Solidariti sosial, Tarawih, Tradisi Islam |
| Date: | March 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/136323 |
136323.pdf
