Ingat kelakar sangat ke?

Zulkifli, Che Nooryohana (2026) Ingat kelakar sangat ke? Bulletin. Academy of Language Studies, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Abstract

Dia ingat benda ini kelakar ke? Sekali dua mungkin kelakar untuk kanakkanak sebesar itu bertindak sedemikian. Lama-lama, tidak kelakar langsung! Misya terus-menerus mengomel kepada suaminya. Zamri hanya mampu berdiam, walaupun sakit juga hatinya. Dahlah badan sakit sekali! Aish! Adakalanya Misya mengadu juga kepada ibunya mengenai Faris. Faris, anak sulungnya yang baru berusia tiga tahun. Apabila dia mengomel kepada ibunya, itu tidak bermakna dia membenci Faris, tetapi tubuhnya benar-benar penat menjaga hanya seorang budak. Baru seorang!
Misya mengharapkan orang sekeliling memahami apa yang sedang berlaku dalam hidupnya. Kerjaya sudah tiada. Duit apatah lagi. Dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja setibanya Faris di pangkuan. Pada mulanya hanyalah untuk menyesuaikan diri, tetapi apabila Faris semakin membesar, semakin menjadi-jadi pula perangai budak ini. Kalau dihantar ke pengasuh, mahu kena dera budak macam ni!

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 136166.pdf]
Text
136166.pdf
Download (5MB)
Indexing & Metrics