Produk dan perkhidmatan hotel mesra Muslim: analisis pelaksanaan di Lembah Klang

Mazlan, Muhammad Najmuddin (2026) Produk dan perkhidmatan hotel mesra Muslim: analisis pelaksanaan di Lembah Klang. Masters thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Abstract

Kajian ini meneliti pelaksanaan produk dan perkhidmatan hotel mesra Muslim di kawasan Lembah Klang dengan memberi tumpuan kepada faktor pelaksanaan, cabaran yang dihadapi, serta cadangan penambahbaikan terhadap piawaian dan garis panduan sedia ada. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pelaksanaan konsep hotel mesra Muslim, menganalisis cabaran dalam memenuhi keperluan pelancong Muslim, serta mengemukakan cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan keberkesanan amalan hospitaliti mesra Muslim yang lebih inklusif dan lestari. Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan kualitatif dengan berpandukan model Muslim Friendly Hospitality Standards (MFHS) bagi memperoleh pemahaman menyeluruh terhadap amalan hospitaliti mesra Muslim dalam industri perhotelan. Kaedah pengumpulan data merangkumi kajian perpustakaan, kajian lapangan melalui temu bual bersama pihak berkaitan, serta pemerhatian terhadap kemudahan dan amalan yang ditawarkan oleh hotel terpilih di Lembah Klang. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan hotel mesra Muslim dipengaruhi oleh beberapa faktor utama, antaranya penyediaan makanan dan minuman yang terjamin halal, kemudahan ibadah yang mencukupi, kesesuaian aktiviti riadah, serta tahap sensitiviti budaya dan agama dalam penyampaian perkhidmatan. Kajian ini turut mengenal pasti cabaran utama yang dihadapi oleh pengendali hotel, khususnya dalam mengimbangi keperluan agama pelancong Muslim dengan keperluan pelanggan daripada pelbagai latar belakang, selain kekangan operasi dan ketidakseragaman kefahaman terhadap konsep mesra Muslim. Berdasarkan dapatan tersebut, kajian ini mencadangkan penambahbaikan terhadap piawaian sedia ada melalui pengukuhan standard pelaksanaan, peningkatan latihan dan kesedaran dalam kalangan pengendali industri, serta sokongan dasar yang lebih sistematik. Secara keseluruhan, kajian ini menyumbang kepada pengkayaan ilmu dalam bidang hospitaliti Islam dan menyediakan input praktikal kepada industri perhotelan serta pembuat dasar bagi memperkukuh pembangunan pelancongan Islam di Malaysia.

Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mazlan, Muhammad Najmuddin
2022191525
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Izham, Siti Sarah
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TX Home economics
T Technology > TX Home economics > Hospitality industry. Hotels, clubs, restaurants, etc. Food service
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Programme: Master of Contemporary Islamic Studies
Keywords: Hotel, Hospitaliti mesra Muslim, Pelancongan Islam
Date: March 2026
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/136038
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 136038_fulltext.pdf] Text
136038_fulltext.pdf
Available under License Dasar Harta Intelek UiTM (Para 6).

Download (615kB)
[thumbnail of declarationform.pdf] Text
declarationform.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (698kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

136038

Indexing

Statistic

Statistic details