Interpretasi pemikiran Syeikh Abdullah Al-Talīdī berkaitan pengharmonian aliran salafi dengan golongan sufi dalam Negeri Sembilan

Ab Ahmid, Muhammad Iskandar Shah (2026) Interpretasi pemikiran Syeikh Abdullah Al-Talīdī berkaitan pengharmonian aliran salafi dengan golongan sufi dalam Negeri Sembilan. Masters thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Abstract

Kajian ini mengkaji pemikiran Syeikh Abdullah al-Talīdī dalam mengharmonikan aliran Salafi dan Tasawuf dan penerapan dalam konteks di Negeri Sembilan disamping penerapan pemikiran dalam konteks pengurusan Tarekat Tasawuf di Negeri Sembilan. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis kandungan terhadap karya-karya Syeikh Abdullah al-Talīdī dan maklumat rasmi berkaitan tasawuf di Negeri Sembilan. Ia juga turut menggunakan kaedah pengumpulan data dan analisis dengan pendekatan temubual secara deskriptif dalam kajian yang dilakukan. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan metode induktif, deduktif dan perbandingan untuk mengenalpasti pemikiran pengharmonian yang digunakan oleh Syeikh Abdullah al-Talīdī. Dapatan menunjukkan tiga pendekatan utama iaitu dakwah, tarbiyah dan tazkiyyah. Pendekatan dakwah beliau menekankan titik pertemuan, diskusi dan perbincangan, serta menerang dan bukan menyerang. Melalui tarbiyah, beliau memastikan kesahihan dalil, bertoleransi, dan wasatiyyah. Manakala melalui tazkiyyah, beliau mengangkat maqasid dalam tasawuf, keseimbangan antara zahir dan batin, serta kepimpinan berjiwa besar sebagai asas dalam menjernihkan perbezaan. Kajian ini juga mendapati bahawa inisiatif yang telah dijalankan oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan dengan mewujudkan Enakmen Tarekat Tasawuf 2005, Penganjuran Multaqa Pemegang Tauliah, Simposium Tarekat Tasawuf, Podcast Al-Bayan merupakan usaha dalam menerapkan elemen pengharmonian dalam dasar mereka. Sebagai cadangan penambahbaikan, kajian ini mencadangkan pemerkasaan program pendidikan awam mengenai tasawuf yang berpaksikan kepada al-Quran dan al-Sunnah serta pengukuhan kerjasama antara institusi agama bagi merapatkan jurang perbezaan dalam membina strategi pengharmonian yang lebih efektif di Malaysia sekaligus memupuk perpaduan dalam kalangan umat Islam.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 135929.pdf]
Text
135929.pdf
Download (131kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics