Abstract
Katalog Bahan-bahan Pengajaran ini adalah usaha pertama Pusat Sumber Pengajaran & Pembelajaran untuk memaklumkan secara menyeluruh kepada para pensyarah di ITM mengenai tajuk-tajuk pita video dan filem, dengan tujuan penggunaannya dapat membantu meningkatkan lagi prestasi pengajaran. Cadangan mengenai tajuk-tajuk pita video dan filem yang bersesuaian untuk digunakan di dalam pengajaran boleh dipanjangkan ke PSPP di Shah Alam dan juga melalui Ketua USPP di kampus-kampus cawangano Usaha untuk memenuhi permintaan tersebut akan dilakukan secara berperingkat-peringkat. Pembabitan perbelanjaan yang besar oleh pihak pengurusan ITM untuk pembelian bahan bahan ini amat merugikan sekiranya tidak digunakan dengan sepenuhnya, Dari itu penyertaan Datin/Tuan/Puan di dalam usaha ini amat dialu-alukan. Dikesempatan ini ingin saya mengucapkan tahniah kepada Pusat Sumber Pengajaran & Pembelajaran yang berjaya mengeluarkan Katalog Bahan bahan Pengajaran Vol. 1, dan semoga usaha seperti ini dapat dikekalkan.
Metadata
Item Type: | Book |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. ITM, Pusat Sumber Pengajaran dan Pembelajaran UNSPECIFIED |
Volume: | 1 |
Date: | 1989 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/13568 |