Sistem pangkalan data KPI PSH Kolej Komuniti Betong

Yussof, Nurul Hidayah and Peter Adil, Arelene Sharon (2022) Sistem pangkalan data KPI PSH Kolej Komuniti Betong. APS Proceedings, 1 (1): 1. pp. 1-9. ISSN 003428568-X
Abstract

Kolej Komuniti Malaysia merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang menawarkan kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) kepada komuniti setempat untuk meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan taraf sosioekonomi komuniti. Setiap tahun, semua pensyarah harus melaksanakan kursus PSH untuk mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) jabatan. Oleh yang demikian, Sistem Pangkalan Data KPI PSH Kolej Komuniti Betong dibangunkan bagi merekod pencapaian KPI Pensyarah PSH di Kolej Komuniti. Sistem ini telah ditambahbaik dengan menggunakan platform secara dalam talian bagi memudahkan semua pensyarah, penyelaras PSH serta Pengarah Kolej Komuniti untuk mendapatkan data dengan mudah. Sebelum ini, sistem yang diguna pakai adalah secara offline iaitu menggunakan Microsoft Excel dan boleh diakses oleh Penyelaras PSH sahaja. Oleh itu, kami telah membangunkan sistem yang lebih sistematik dan boleh digunakan oleh semua dengan menggunakan akses internet. Sistem ini telah dibangunkan hasil gabungan Google Spreadsheet dan Google Data Studio. Semua data berkenaan Kursus PSH seperti nama, tarikh pelaksanaan, pegawai pelaksana serta senarai nama peserta kursus direkodkan di dalam Google Data Spreadsheet. Manakala rumusan ringkas dan analisis data berkenaan kursus PSH akan ditunjukkan di dalam Google Data Studio. Oleh itu, melalui sistem ini pensyarah boleh melihat sendiri rekod pencapaian KPI pada bila-bila masa dan tidak perlu lagi bertanya kepada penyelaras PSH untuk mengetahui pencapaian KPI masing-masing. Tambahan lagi, pengarah juga boleh memantau dan menilai prestasi pensyarah dalam pelaksanaan PSH di kolej masing-masing secara cepat, mudah dan tepat. Pembangunan sistem ini telah memudahkan semua pihak tidak kira yang terlibat dengan pelaksanaan kursus PSH di Kolej Komuniti secara langsung dan tidak langsung.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 135213.pdf]
Text
135213.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics