Aplikasi pembelajaran bahasa kadazandusun

Jalutin, Loverry Nj and Md Izuddin, Noornajihah and Sibidol, Artie Wellynelia (2024) Aplikasi pembelajaran bahasa kadazandusun. In: Proceedings of Johor International Innovation Invention Competition And Symposium 2024. Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang, Universiti Teknologi MARA, Johor, pp. 662-666. ISBN 978-967-0033-25-9
Abstract

Bahasa dan budaya Kadazandusun memegang peranan penting dalam identiti danwarisan masyarakat Kadazandusun di Sabah. Namun, kekurangan sumber pembelajaran yang efektif dan mudah diakses dalam bahasa Kadazandusun merupakan satu cabaran yang dihadapi oleh komuniti ini. Oleh itu, projek ini bertujuan untuk membangunkan aplikasi pembelajaran bahasa Kadazandusun berasaskan Android yang mudah diakses dan efektif. Aplikasi ini menyediakan modul pembelajaran kosa kata, tatabahasa, dan latihan praktikal dalam bahasa KadazanDusun, dengan sumber pembelajaran yang sesuai telah dimasukkan dan disusun dalam aplikasi ini. Objektif projek adalah membangun aplikasi pembelajaran bahasa KadazanDusun berasaskan Android dengan ciri interaktif, seperti kandungan multimedia berbentuk gambar, untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran bahasa KadazanDusun. Selain itu, aplikasi ini menyediakan pemantauan dan penilaian kemajuan bagi pelajar untuk memantau kemajuan pembelajaran mereka. Metodologi Agile digunakan dalam pembangunan aplikasi ini, yang membolehkan penyesuaian mudah terhadap perubahan yang mungkin berlaku sepanjang projek. Dengan adanya aplikasi ini, diharapkan komuniti KadazanDusun dapat memiliki akses yang lebih mudah dan efektif untuk mempelajari dan meningkatkan kemahiranberbahasa mereka, serta membantu dalam pemeliharaan bahasa KadazanDusun. Ini akan membawa kepada pemeliharaan identiti budaya bahasa KadazanDusun dan memperkukuh identiti budaya masyarakat KadazanDusun.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 135187.pdf]
Text
135187.pdf
Download (4MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics