Abstract
Bagi pengguna siber, niat ke arah mengakses internet untuk mengetahui dan mempelajari perkara berkaitan agama berkait rapat dengan masalah kredibiliti penyampai berita dan kredibiliti kandungan maklumat sebagai sumber berita yang sahih untuk diterima. Kajian ini berfokus kepada kedua-dua kredibiliti tersebut serta hubungannya terhadap niat menggunakan blog sebagai medium pembelajaran agama dalam kalangan generasi Y Islam. Kajian secara kuantitatif berdasarkan sebab-akibat (causal-effect) ini melibatkan seramai 382 responden daripada empat buah Institusi Pengajian Tinggi Awam. Dapatan kajian menunjukkan kedua-dua faktor iaitu kredibiliti bloger serta kedudukan kredibiliti kandungan dalam maklumat blog mempunyai hubungan positif yang signifikan terhadap niat menggunakan blog sebagai medium pembelajaran agama dalam kalangan generasi Y Islam. Kajian ini menyumbang kepada siberis muslim selaku bloger agama yang giat menyampaikan dakwah melalui blog supaya sentiasa memelihara kredibiliti diri sebagai penulis blog serta kandungan sebaran maklumat agama yang disampaikan memandangkan blog dewasa ini begitu besar perananya dalam menarik golongan Y untuk mendapatkan maklumat agama bagi memenuhi keperluan pengetahuan dan pemahaman agama mereka.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ali, Ab.Hamid drhamid@ipgkkb.edu.my Jusoh, Mohd Ridhuan hmredone@ipgkkb.edu.my Yaacob, Wan Anuar wananuari@yahoo.com |
| Subjects: | L Education > LC Special aspects of education > Islamic education > Malaysia Z Bibliography. Library Science. Information Resources > ZA Information resources (General) > Blogs. Electronic discussion groups > Malaysia |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
| Journal or Publication Title: | eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018) |
| ISSN: | 978-967-15434-3-6 |
| Volume: | 1 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | pp. 1044-1050 |
| Keywords: | Internet in Islamic education, Islamic blogposts, Muslim youth |
| Date: | 2018 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/134905 |
