Trend pelaporan media dalam isu Islam liberal dan pluralisme agama di Malaysia

Abdul Majid, Latifah and Stapa, Zakaria and Omar, Mohd Nasir and Rugayah, Siti and Wan Yusof, Wan Sabri and Yaacob, Mashitoh and Ismail, Ahmad Munawar and Mohd Kusrin, Zuliza (2018) Trend pelaporan media dalam isu Islam liberal dan pluralisme agama di Malaysia. eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018), 1 (1): ch.12: 2. pp. 1037-1043. ISSN 978-967-15434-3-6
Abstract

Pemikiran Islam Liberal dan Pluralisme Agama merupakan aliran pemikiran yang mengkehendaki kepada keterbukaan berijtihad di luar batasan syariat Islam. Ia semakin tersebar dalam masyarakat tanpa disedari. Salah satu medium yang memainkan peranan besar dalam penyebaran pemikiran ini ialah media massa khususnya akhbar-akhbar arus perdana bercetak ataupun layar internet. Media massa sering dianggap bebas untuk menyampaikan fakta, pendapat atau hujah, mengenai sesuatu isu contohnya Islam Liberal dan Pluralisma Agama dengan menggunakan hak kebebasan bersuara sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Media perlu cermat dalam menangani hak-hak bersuara terutamanya laporan yang melibatkan hal-hal agama dan perkauman. Namun, kebebasan ini boleh menganggu keharmonian masyarakat majmuk sekiranya tiada kawalan atau garis panduan terutamanya melibatkan isu berkaitan Islam. Di samping itu, menyebabkan masyarakat Islam keliru, salah faham dan menafikan pandangan pihak berautoriti agama berkaitan pemikiran ini. Secara tidak langsung keadaan ini akan menghalang hasrat kerajaan dalam mencapai pelan strategik Rancangan Malaysia ke 11 (RMK11) iaitu kestabilan negara akan menjamin kesejahteraan masyarakat dan semua pihak perlu melaksanakan usaha secara bersama bagi mencapai aspirasi negara. Objektif kertas kerja ini adalah menganalisis trend terkini liputan media cetak rasmi terhadap aliran pemikiran Liberal dan Pluralisme Agama. Justeru, kaedah kualitatif digunakan untuk mengenal pasti amalan kebebasan bersuara oleh media massa dalam isu Islam Liberal dan Pluralisme agama. Kajian ini memberi impak dalam menyediakan maklumat terkini dan menjadi rujukan penting mengenai Islam Liberal dan Pluralisme Agama kepada masyarakat dan media massa di Malaysia.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 134904.pdf]
Text
134904.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics