Abstract
Pelancongan merupakan salah sebuah sektor industri paling penting dalam sesebuah negara kerana ia membawa manfaat seperti perolehan pendapatan, tukaran mata wang asing, menyediakan peluang pekerjaan, membuka peluang perniagaan dan memajukan kawasan yang tidak mempunyai sumber ekonomi konvensional. Pelancongan islam merupakan sebuah pelancongan yang baru diwujudkan di Malaysia dan di dunia amnya. Pelancongan ini telah diprkenalkan secara meluas di seluruh negara Malaysia termasuk di Kelantan yang mana sudah terkenal dengan negeri ‘Serambi Mekah’. Perkara ini dapat menarik dengan lebih ramai pelancong islam dari luar negara untuk datang ke Kelantan, sekaligus dapat meningkatkan jumlah kedatangan pelancong asing ke Kelantan. Hal ini juga bersesuaian dengan pengisytiharan Kota Bharu sebagai sebuah bandaraya Islam pada tahun 2012 dengan slogan yang diberikan oleh Menteri Besar Kelantan pada ketika itu, Dato Nik Aziz bin Nik Mat. Melalui kajian dan temubual dengan mereka yang terlibat dalam industri pelancongan di kelantan menyifatkan pelbagai inisiatif dan program-program yang bercirikan islamik telah di jadualkan sepanjang tahun untuk bertujuan menarik minat pelancong islam khasnya datang ke Kelantan. Oleh yang demikian, perkara yang dijalankan tersebut telah memberikan impak yang positif kepada industri pelancongan negeri Kelantan apabila setiap tahun kedatangan pelancong sentiasa menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Namun begitu, kedatangan pelancong yang bukan beragama islam sentiasa di alu-alukan dan tiada larangan seperti yang termaktub kepada mereka yang beragama islam.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Nik Ahmed, Nik Yusnita UNSPECIFIED Din, Anwar Omar UNSPECIFIED |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Study and teaching. Research > Malaysia G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > Travel. Voyages and travels (General) > Travel and state. Tourism |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
| Journal or Publication Title: | eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018) |
| ISSN: | 978-967-15434-3-6 |
| Volume: | 1 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | pp. 882-886 |
| Keywords: | Halal tourism, Kota Bharu (Kelantan), Tourism |
| Date: | 2018 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/134690 |
