Abstract
Beg Tangan mula dicipta pada abad ke 17. Pada masa itu,wanita banyak menghabiskan masa membuat sulaman tangan dan mempelbagaikan fabrik mengikut pakaian. Selepas pengangkutan berkuda mula dicipta bagi memudahkan pergerakan wanita,pereka bagasi telah meningkat penciptaan kepada beg tangan. Seiring dengan peredaran zaman, penciptaan beg tangan ini telah melalui peningkatan evolusi.Justeru inovasi yang dicipta ini merupakan inovasi beg dua dalam satu yang berfungsi menjadi beg telekung dan juga menjadi sejadah. Selain itu beg ini juga berfungsi untuk meletakkan barang peribadi. Inovasi ini berinspirasi daripada fabrik songket bagi memperkenalkan dan menghargai fabrik songket kepada generasi moden. Rekaanya juga telah dimodenkan agar beg ini mudah dibawa terutama pada golongan pelajar. Ia juga dilengkapi tali yang dijadikan sebagai aksesori yang melengkapkan gaya yang lebih moden. Ilham penggunaan songket adalah kerana ia mempunyai nilai sejarah yang tinggi sebagai fabrik warisan agung yang mengangkat martabat pemakai dan ia melambangkan kedudukan seseorang. Inovasi ini juga dicipta untuk menjimatkan masa pengguna yang membolehkan pengguna menggayakan dalam pelbagai keadaan. Semoga penciptaan inovasi ini dapat menarik minat generasi moden disamping menghargai fabrik warisan turun temurun
Metadata
| Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamad Fauzi, Nur Aina Dania UNSPECIFIED Mat Nasir, Nur Amira Ateerah UNSPECIFIED Sharrifzinal, Syafiah Wafiqah UNSPECIFIED Arifrefani, Nur Aqilah UNSPECIFIED |
| Subjects: | N Fine Arts > NK Decorative arts > Other arts and art industries > Textile arts and art needlework T Technology > TT Handicrafts Arts and crafts > Clothing manufacture > Dress accessories > Handbags. Tote bags |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
| Journal or Publication Title: | The 14th international invention, innovation & design competition 2025 (INDES 2025) |
| Event Title: | The 14th international invention, innovation & design competition 2025 (INDES 2025) |
| Event Dates: | 26 Jun 2025 |
| Page Range: | pp. 1-3 |
| Keywords: | Beg tangan, Songket, Golongan moden, Mahawira Iksaha. |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/134632 |
