Kritikan penyiaran: sorotan kejayaan 2025 dan jangkaan industri perfileman 2026

Abdul Ghalim, Shahril Anuar (2026) Kritikan penyiaran: sorotan kejayaan 2025 dan jangkaan industri perfileman 2026. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.
Abstract

Industri perfileman tanah air melangkah ke tahun 2026 dengan momentum positif hasil kejayaan pelbagai genre yang berjaya mendidik masyarakat tanpa mencetuskan kontroversi besar. Pencapaian tahun 2025 menyaksikan filem animasi seperti Papa Zola mendapat sambutan luar biasa dalam menyampaikan mesej murni kepada generasi muda, manakala kemenangan filem **Babah** sebagai Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia membuktikan bahawa naskhah bertemakan kekeluargaan yang berpijak di bumi nyata lebih bernilai daripada sekadar populariti komersial. Secara keseluruhannya, kualiti penceritaan kreatif yang mengangkat realiti kehidupan dan nilai murni menjadi tunjang utama harapan industri untuk terus berkembang maju.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 134518.pdf]
Text
134518.pdf
Download (674kB)
Indexing & Metrics