Lawatan penanda arasan ke Big Data Centre, Universiti Teknologi Malaysia (UTM BDC) & Smart Technology Office, Pelabuhan Tanjung Pelepas

Md Nasrudin, Farah Suraya and Abu Bakar, Nor Fauziah and Mohamad Khalid, Rusnani and Othman, Ahmad Kamalrulzaman (2024) Lawatan penanda arasan ke Big Data Centre, Universiti Teknologi Malaysia (UTM BDC) & Smart Technology Office, Pelabuhan Tanjung Pelepas. e-CoMath. pp. 25-26. ISSN 3030-6310
Abstract

Laporan ini memperincikan pelaksanaan lawatan penandaarasan oleh Digital Brain Hub Unit (DIBRAH), Pengajian Sains Pengkomputeran dan Informatik (PSPM), KPPIM, UiTM Cawangan Johor ke Big Data Centre (BDC), Universiti Teknologi Malaysia dan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) pada 28 Mei 2024. Objektif utama inisiatif ini adalah untuk mewujudkan sinergi strategik antara pihak universiti dengan institusi akademik awam serta penggerak industri bagi memperkukuh kualiti pengurusan dan infrastruktur akademik, khususnya dalam domain teknologi data raya. Melalui siri lawatan ini, delegasi yang diketuai oleh kepimpinan akademik KPPIM dapat mengenal pasti amalan terbaik dalam pengurusan data berskala besar serta integrasi teknologi digital dalam sektor logistik. Hasil penandaarasan ini dijangka dapat meningkatkan kapasiti penyelidikan dan pengajaran dalam bidang sains data, sekali gus memastikan kurikulum dan kemudahan di UiTM Cawangan Johor kekal relevan dengan evolusi teknologi semasa.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 134514.pdf]
Text
134514.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics