Mylpsolver

Raja Ahmad, Raja Nadia and Rusli, Erna Ruhaily and Ediyasni, Muhammad Danish Qusaini and Zuzainizam, Muhammad Alifzikry (2024) Mylpsolver. In: Proceedings Of Johor International Innovation Invention Competition And Symposium 2024 (Jiiicas 2024). Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang, Universiti Teknologi MARA, Johor, pp. 436-440. ISBN 978-967-0033-25-9
Abstract

Pengaturcaraan Linear merupakan salah satu topik yang ditawarkan dalam kursus Matematik Kejuruteraan 3 (DBM30033) kepada pelajar kejuruteraan di Politeknik Malaysia. Dalam topik ini, pelajar perlu mahir menyelesaikan masalah pengaturcaraan linear menggunakan Kaedah Grafik dan Kaedah Simpleks. Bagi mendapatkan penyelesaian masalah dalam topik Pengaturcaraan Linear, pengiraan dilakukan secara manual. Oleh itu, kesilapan pengiraan mudah dilakukan oleh pelajar kerana jalan pengiraan yang panjang. Secara tidak langsung, pelajar cenderung untuk hilang minat, fokus dan motivasi untuk belajar matematik. Berdasarkan keputusan peperiksaan akhir semester Politeknik Nilai bagi sesi I dan II 2022/2023 didapati purata skor markah pelajar hanya 6 daripada 25 markah bagi soalan Pengaturcaraan Linear. Oleh itu, MyLPsolver direkabentuk untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran pengiraan yang lebih baik mengenai topik ini. Inovasi ini dibangunkan menggunakan perisian Microsoft Excel dan boleh diakses dengan mudah tanpa bantuan capaian internet. MyLPsolver adalah mesra pengguna di mana pelajar hanya perlu melengkapkan dua langkah sahaja iaitu memilih bilangan pembolehubah atau jenis masalah Pengaturcaraan Linear dan seterusnya memasukkan data mengikut arahan yang disediakan bagi mendapatkan jawapan akhir. Secara keseluruhannya, penggunaan inovasi ini telah berjaya meningkatkan kefahaman dan kemahiran pengiraan yang seterusnya meningkatkan purata skor markah pelajar dalam peperiksaan akhir bagi sesi I dan II 2023/2024 kepada 13 daripada 25 markah bagi topik Pengaturcaraan Linear.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 134250.pdf]
Text
134250.pdf
Download (4MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics