AKNC 2025 Universiti Teknologi MARA (Pulau Pinang): pengurusan dan pembangunan pelajar

UiTM, Universiti Teknologi Mara (Pulau Pinang) (2025) AKNC 2025 Universiti Teknologi MARA (Pulau Pinang): pengurusan dan pembangunan pelajar. Universiti Teknologi MARA (UiTM). (Unpublished)

Abstract

Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) telah beroperasi sejak 16 Jun 1996. Pendekatan perancangan yang dipraktikkan oleh UiTMCPP berlandaskan kepada Visi dan Misi UiTM iaitu menjadikan UiTM sebuah universiti terkemuka dunia dalam bidang Sains, Teknologi, Kemanusiaan dan Keusahawanan serta menjuarai pembangunan Bumiputera profesional yang tangkas menerusi kurikulum terkehadapan, penyelidikan berimpak tinggi dan penghasilan graduan yang mempunyai Kemahiran Insaniah (KI) yang tinggi dan berpesonaliti untuk memenuhi keperluan global. Bagi merealisasikan hasrat UiTMCPP, Pengurusan Kanan yang diketuai oleh Rektor sebagai penggerak utama Jawatankuasa Eksekutif Negeri (JKEN) sebagai jawatankuasa tertinggi di peringkat eksekutif kampus yang dibantu oleh Ketua Pusat Tanggungjawab dari setiap bahagian/ fakulti/jabatan/unit serta jawatankuasa-jawatankuasa kecil di peringkat operasi. UiTMCPP menerusi Unit Strategik Transformasi Universiti (USTU) merancang (PLAN) ke arah bidang tumpuan dengan menetapkan matlamat strategik (UiTM2025 Strategic Plan). Dari segi pengurusan dan pembangunan pelajar, objektif yang jelas digariskan dan pelan pengurusan yang terperinci disediakan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) untuk memastikan matlamat melahirkan graduan yang mempunyai Kemahiran Insaniah (KI) yang tinggi dan berpesonaliti unggul untuk memenuhi keperluan global. Peranan ini dimainkan menerusi 2 fungsi terasnya iaitu Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar serta menyediakan Kemudahan dan Perkhidmatan Pelajar. Sasaran tahunan ditetapkan untuk pembangunan dan kepimpinan pelajar melalui Petunjuk Prestasi (PI) untuk jumlah program perkongsian pengetahuan (KTP) dan program kesukarelawanan dengan kerjasama pihak industri. Kesemua perancangan ini memainkan peranan strategik dalam merangka dan melaksanakan dasar, program serta intervensi pembangunan pelajar. Perancangan juga dibuat untuk pelaksanaan program atau aktiviti nilai tambah bagi meningkatkan kemahiran insaniah pelajar dengan kerjasama pihak fakulti dan juga kolej kediaman.

Metadata

Item Type: Book
Creators:
Creators
Email / ID Num.
UiTM, Universiti Teknologi Mara (Pulau Pinang)
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Institute of Quality & Knowledge Advancement (InQKA)
Event Title: Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC)
Keywords: AKNC, UiTM, 2025
Collections: Laporan Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC)
Date: 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/134121
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 134121.pdf] Text
134121.pdf

Download (1MB)

ID Number

134121

Indexing

Statistic

Statistic details