Mart: model akhlak remaja berteraskan Tahfiz

Anas, Norazmi and Abdul Mutalib, Mohamad Ghazi Faris and Zulkipli, Shahril Nizam and Johari, Mohd Erfino and Mohd Noor, Mohd Syukri and Muhamad Ramlan, Anaztasia Natasha (2025) Mart: model akhlak remaja berteraskan Tahfiz. In: The 14th international invention, innovation & design competition 2025 (INDES 2025), 26 Jun 2025, Universiti Teknologi MARA, Perak.
Abstract

Gejala keruntuhan akhlak remaja Muslim pada hari ini semakin meningkat dan membimbangkan seterusnya menjadi ancaman besar terhadap kemenjadian generasi pelapis negara pada masa depan. Ia berpunca dari kurangnya didikan agama, latar belakang keluarga yang bermasalah, nilai pendidikan yang rendah, teknologi yang berleluasa dan pengaruh rakan yang memberi kesan terhadap individu, keluarga dan masyarakat. Oleh itu, pendekatan tahfiz dicadangkan sebagai salah satu solusi terhadap masalah keruntuhan akhlak remaja Muslim melalui pembentukan model konseptual yang dikenali sebagai MART- Model Akhlak Remaja berteraskan Tahfiz. MART telah berjaya dibangunkan hasil triangulasi data kajian iaitu sorotan literatur, data temu bual wakil tahfiz dan data temu bual pakar bidang Universiti Awam (UA) terpilih di Malaysia serta gabungan dua tema utama kajian iaitu (i) Pendekatan Tahfiz dan (ii) Penerapan Pendekatan Tahfiz terhadap Akhlak Remaja Muslim. Terdapat tujuh (7) pendekatan tahfiz sedia ada dalam menangani keruntuhan akhlak remaja Muslim iaitu (i) Pendekatan agama dan keilmuan (ii) Pendekatan pendidikan, tarbiah dan adab, (iii) Pendekatan sokongan sosial (iv) Pendekatan pembentukan personaliti (v) Pendekatan disiplin, (vi) Pendekatan kepimpinan dan (vii) Pendekatan psikiatri. Selain itu, pendekatan tahfiz dibahagikan pula kepada empat (4) aspek utama iaitu kepentingan, program, kesesuaian dan keberkesanannya terhadap akhlak remaja Muslim. Seterusnya penerapan pendekatan tahfiz menjurus kepada dua (2) aspek utama iaitu hubungan psikologi-pendekatan tahfiz-akhlak remaja Muslim dan perubahan akhlak remaja Muslim melalui pendekatan tahfiz. Kesimpulannya, pendekatan tahfiz yang ditonjolkan membuktikan bahawa pendekatan berasaskan sumber al-Quran sangat sesuai digunakan dalam pemulihan dan pembentukan akhlak remaja Muslim sesuai dengan fitrah mereka seperti yang dirakamkan oleh Allah SWT dalam al-Quran.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 134002.pdf]
Text
134002.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics