Abstract
Menerapkan hukum batas pergaulan dalam Islam adalah signifikan kerana hukum tersebut bertujuan untuk memelihara kesejahteraan masyarakat dalam menjalani kehidupan seharian. Kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap pengetahuan nilai pendidikan Islam dalam kalangan para pelajar Sekolah Agama Bantuan Kerajaan di Selangor. Ia juga bertujuan untuk menilai tahap penerapan nilai pendidikan Islam terhadap pergaulan dalam kalangan pelajar di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan di Selangor. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti alasan-alasan responden tidak mematuhi adab-adab pergaulan yang dianjurkan oleh Islam. Kajian ini ditulis menggunakan pendekatan kuantitatif yang melibatkan 327 responden dalam kalangan pelajar tingkatan empat yang dipilih secara rawak mudah di lima buah sekolah agama menengah terpilih di negeri Selangor. Rekabentuk kajian adalah kajian tinjauan dengan menggunakan instrumen soal selidik sebagai alat kajian utama untuk mengumpul maklumat. Soal selidik tersebut terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian A: maklumat responden dan Bahagian B: tahap pengetahuan, tahap penerapan tentang nilai pendidikan Islam dan alasan-alasan tidak mematuhi adab-adab pergaulan dalam kalangan pelajar Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan pelajar berkenaan nilai pendidikan Islam terhadap pergaulan menunjukkan purata skor min 4.48 di tahap tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan tahap penerapan nilai pendidikan Islam yang ditonjolkan oleh para pelajar terhadap aspek adab-adab pergaulan berada pada tahap yang tinggi dengan purata skor min 4.17. Hasil dapatan dianalisis dengan pendekatan deskriptif. Implikasi kajian adalah nilai-nilai pendidikan Islam masih relevan, namun begitu nilai tahap pengetahuan pelajar dilihat tidak seimbang dengan tahap penerapan nilai pendidikan Islam yang diajar oleh guru di sekolah. Oleh yang demikian suatu tindakkan yang lebih progresif perlu dilakukan oleh para ulama’ dan umara’ untuk meningkatkan tahap penerapan setelah seseorang itu mempelajari ilmu-ilmu Islam.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Nasharudin, Muhammad Ammar Firhan ammarfirhan@gmail.com Hashim, Jamalluddin jamalluddin@unisza.edu.my Abdul Aziz, Sumayyah sumayyahaziz@unisza.edu.my |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Study and teaching. Research > Malaysia L Education > LB Theory and practice of education > Secondary education. High school teaching > Malaysia > Selangor (Malaysia) |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
| Journal or Publication Title: | eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018) |
| ISSN: | 978-967-15434-3-6 |
| Volume: | 1 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | pp. 783-788 |
| Keywords: | High school students, Islamic ethics, Interpersonal relations |
| Date: | 2018 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133897 |
