Abstract
Dasawarsa ini, penggunaan sumber tenaga elektrik umpama nyawa kepada umat manusia. Hari demi hari penggunaan sumber tenaga ini telah meningkat secara mendadak tanpa sebarang penurunan. Sekiranya perkara ini berterusan, tidak mustahil suatu masa nanti negara akan mengalami kekurangan tenaga yang serius dan perlu menampung kos yang tinggi untuk mendapatkan sumber tenaga. Oleh itu, kami melakukan inovasi ini untuk membendung masalah ini sebelum ia menjadi lebih kronik. Seperti yang kita semua sedia maklum, tenaga elektrik amat diperlukan oleh seluruh masyarakat terutama sektor perubatan yang sangat genting kerana ia berkaitan dengan nyawa pesakit. Hal ini menyebabkan penggunaan elektrik melebihi penjanaannya. Oleh itu, kami telah memikirkan satu teknologi alternatif yang dapat menggantikan penjana sedia ada sekiranya bekalan elektrik terputus. Inovasi ini dilakukan bertujuan untuk mengurangkan penggunaan elektrik sedia ada, sebagai pengganti sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui dan sebagai sumber tenaga alternatif bagi penduduk luar bandar. Dalam inovasi ini, graviti digunakan sepenuhnya bagi mewujudkan daya keupayaan untuk ditukarkan kepada tenaga kinetik dan seterusya dapat menjana tenaga elektrik. Sekiranya inovasi ini dapat kami jalankan, kebaikan yang bakal diperolehi termasuklah boleh digunakan dalam situasi kecemasan seperti di hospital, dapat membekalkan tenaga elektrik kepada penduduk luar bandar serta membantu mengurangkan pencemaran. Diharapkan dengan inovasi ini, kami dapat memudahkan urusan seharian para pengguna khususnya pengguna luar bandar dan seterusnya menggalakkan kepada kemajuan negara.
Metadata
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Muhammad Fahmi, Auni Batrisyia UNSPECIFIED Ben Mohd Rizal, Nur Qysteena UNSPECIFIED Sofyanshah, Nuaim UNSPECIFIED Mohd Zaimi, Muhammad Zahirul Hadif UNSPECIFIED Aizul Riza, Muhammad Irzan Iskandar UNSPECIFIED |
| Subjects: | T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery > Power resources > Energy audits T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery > Renewable energy sources |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Pasir Gudang Campus > College of Computing, Informatics and Mathematics |
| Volume: | 1 |
| Page Range: | pp. 384-386 |
| Keywords: | Teknologi hijau, Tenaga percuma, Daya graviti, Tenaga elektrik, Tenaga keupayaan |
| Date: | 2023 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133828 |
