Aplikasi AR plan elevation

Yusri, Muhammad Aufa Hasifi and Sharil, Muhammad Zuhairy and Ismail, Muhammad Isma Irfan and Mazlan, Elya Maisarah and Azami Mohamad, Siti Nasyitah (2023) Aplikasi AR plan elevation. In: Johor Innovation Invention Competition and Symposium 2023. Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang, Universiti Teknologi MARA, Johor, pp. 373-375. ISBN 978-967-0033-17-4
Abstract

Kemajuan teknologi ini bukan sahaja memudahkan proses sesuatu sistem malah meningkatkan kualiti dan kuantiti penghasilan, bahkan ia turut mempercepatkan lagi aliran kerja (Ahmad Zaki, 2014).Senario pembelajaran kini menunjukkan para murid lebih cenderung kepada pembelajaran kendiri, akses bahan secara kendiri dan dengan kadar kendiri. Sehubungan itu, pembangunan aplikasi pembelajaran berasaskan teknologi realiti terimbuh (augmented reality – AR) melalui pendekatan pembelajaran secara interaktif dan menyeronokkan yang diberi nama AR Plan Elevation dihasilkan. Objektif utama inovasi ini adalah untuk meningkatkan penguasaan menjawab soalan Pelan dan Dongakan dengan melukis pandangan pelan, dongakan sisi dan dongakan hadapan dengan tepat melalui aplikasi AR Plan Elevation melalui proses pembelajaran konsep 3D melalui imbasan kamera peranti ke arah imej tertentu yang telah direka.Tinjauan awal dilaksanakan dengan menggunakan instrumen ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak dapat melukis pandangan pelan, dongakan sisi dan dongakan hadapan dengan tepat. Murid tidak dapat melukis garisan yang tersembunyi dan juga membiarkan sahaja jawapan tidak berjawab dan menyalin semula soalan yang diberi. Aplikasi ini dibangunkan dengan menerapkan elemen-elemen multimedia seperti video,audio, imej , teks dan objek 3 dimensi. Pembangunan aplikasi dicipta menggunakan perisian Unity 3D, Vuforia dan 3D Blender. Aplikasi ini menggunakan buku teks Matematik sebagai sumber rujukan utama. Seperti yang semua sedia maklum penggunaan buku teks bagi semua guru dan murid di sekolah adalah satu perkara yang sangat penting sebagai rujukan. Hasil analisis melalui beberapa instrumen, iaitu ujian pos menunjukkan terdapat peningkatan. Kesimpulannya, aplikasi yang dibangun dapat membantu meningkatkan kefahaman dan tahap visual murid dalam menguasai topik pelan dan dongakan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 133825.pdf]
Text
133825.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics