Terapi Jawi: melestarikan kemahiran transliterasi Rumi-Jawi

Ali, Asyraf Ridwan and Abdullah, Berhanundin and Ali, Rakiyah and Ali, Rosmani (2018) Terapi Jawi: melestarikan kemahiran transliterasi Rumi-Jawi. eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018), 1 (1): ch.7: 8. pp. 755-759. ISSN 978-967-15434-3-6

Abstract

Seringkali kerumitan dalam penulisan jawi mengganggu kemahiran pengguasaan jawi sama ada dalam kalangan pelajar, mahasiswa, guru mahupun masyarakat awam. Sistem ejaan jawi yang sukar dikuasai di samping kelemahan kognitif pengguna turut menyebabkan berlakunya kesilapan dalam ejaan jawi. Hasil penelitian terhadap ujian penulisan jawi menunjukkan bahawa kegagalan menulis jawi dengan tepat disebabkan oleh kecelaruan kognitif dalam mentransliterasikan perkataan rumi kepada jawi. Hasil kajian daripada 415 orang Guru Pendidikan Islam terhadap enam perkataan rumi yang perlu dijawikan menunjukkan terdapat tiga pola kesilapan ejaan (PKE) bagi perkataan ‘bahasa’, empat PKE bagi perkataan ‘seminar’, tujuh PKE bagi perkataan ‘wap’, lapan PKE bagi perkataan ‘emak’, serta sembilan PKE bagi perkataan ‘arif’ dan ‘rakyat’. Pola-pola kesilapan ejaan ini menunjukkan bahawa kelemahan mentransliterasikan perkataan rumi-jawi turut membelenggu kemahiran penguasaan jawi guru agama yang merupakan pengamal tegar tulisan itu sendiri. Justeru, Terapi Jawi diharapkan dapat membantu guru mahupun pelajar dalam menguasai kemahiran menulis jawi berasaskan kaedah transliterasi berasaskan petua dengan lebih tepat dan berkesan.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ali, Asyraf Ridwan
asyraf@ipgm.edu.my
Abdullah, Berhanundin
berhan@unisza.edu.my
Ali, Rakiyah
rakiyah@ipgm.edu.my
Ali, Rosmani
rosmani@ipgm.edu.my
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > Islamic education > Malaysia
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > Malay language. General works. History
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018)
ISSN: 978-967-15434-3-6
Volume: 1
Number: 1
Page Range: pp. 755-759
Keywords: Islamic education teachers, Jawi alphabet, Transliteration
Date: 2018
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133793
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 133793.pdf] Text
133793.pdf

Download (3MB)

ID Number

133793

Indexing

Statistic

Statistic details