Abstract
Mata pelajaran Pendidikan Islam merupakan salah satu mata pelajaran wajib yang diajar di sekolah menengah dan rendah. Proses pengajaran mata pelajaran Pendidikan Islam sudah lama dijalankan agar dapat membentuk sikap serta melahirkan muslim yang bertanggungjawab dan berakhlak mulia, tetapi secara realitinya masalah disiplin pelajar semakin membimbangkan. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat keberkesanan mata pelajaran Pendidikan Islam dalam usaha meningkatkan disiplin pelajar dengan mengkaji hubungan antara keputusan dan pengamatan kepada mata pelajaran Pendidikan Islam dengan kepatuhan kepada disiplin sekolah. Kajian ini juga mengkaji perbezaan kepatuhan kepada disiplin sekolah berdasarkan keputusan ujian mata pelajaran Pendidikan Islam. Seramai 132 orang pelajar tingkatan 2 Sekolah Menengah Kebangsaan Changlun terlibat dalam kajian ini. Satu set soal selidik digunakan sebagai instrument kajian yang mengandungi 45 item dengan menggunakan pengukuran berskala Likert. Kaedah yang digunakan bagi menguji hipotesis dengan menggunakan Korelasi Pearson dan Analisis Varians (ANOVA). Data-data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Packages for the Social Sciences) versi 24.0. Hasil daripada kajian mendapati bahawa keputusan dan pengamatan pelajar kepada mata pelajaran Pendidikan Islam mempunyai hubungan yang signifikan dengan kepatuhan kepada disiplin sekolah. Terdapat juga perbezaan kepatuhan kepada disiplin sekolah berdasarkan keputusan ujian mata pelajaran Pendidikan Islam.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Baharom, Rozelaili rozelaili@gmail.com Dahaman, Mohd Akram akram@uum.edu.my |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Study and teaching. Research L Education > LB Theory and practice of education > School life. Student manners and customs. Students |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
| Journal or Publication Title: | eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018) |
| ISSN: | 978-967-15434-3-6 |
| Volume: | 1 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | pp. 744-748 |
| Keywords: | Islamic education, School discipline, Student ethics |
| Date: | 2018 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133791 |
