Pelajaran, pendidikan khas dan latihan

Abd Latif, Dzulkiflee (2018) Pelajaran, pendidikan khas dan latihan. eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018), 1 (1): ch.7: 4. pp. 717-735. ISSN 978-967-15434-3-6

Abstract

Pengislaman Awang Alak Betatar menjadikan Brunei lebih dikenal sebagai sebuah Empayar Melayu di Nusantara ini dalam kurun ke-14 dan dengan bertambahnya 5 hadiah negeri Melayu Sarawak, di mana pada hemat Dato Sanib Said¹ sebagai ‘Melayu Sarawak, Sejarah Yang Hilang’. Dengannya Negara Brunei terus meluas dan takluk jajahannya sampai kepada beberapa buah negeri di Kalimantan Utara; seperti Sambas dan Balambangan dan kepada kepulauan Filipina. Agama (Islam) adalah merupakan salah satu tenaga dan kekuatan politik yang membawa Brunei Darussalam dikenali dan menjadi sebuah empayar Melayu selepas Melaka. Islam berkembang pesat bermula dari pemerintahan Sultan Syarif Ali seorang berbangsa Arab dan pancir Rasullah SAW dari Saidina Hassan, (lihat ‘Tersilah Brunei, Sejarah Awal dan Perkembangan Islam’ oleh Pehin Orang Kaya Amar DiRaja Dato Seri Utama (Dr) Awang Haji Muhammad Jamil Al-Sufri, Jabatan Pusat Sejarah, Brunei, 1990, Sultan Sharif Ali). Pengislaman dan dakwah Islamiah terus berlaku dan berkembang di zaman pemerintahan Sultan Syarif Ali dan diteruskan oleh anak-anaknya yang gagah perkasa iaitu seperti; Sultan Sulaiman dan Sultan Bolkiah. Sultan Syarif Ali dan anak-anaknya mengembangkan Islam adalah selaras dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah bermazab Syafie dengn slogan Melayu Islam Beraja (MIB). Negara Brunei di bawah pimpinan sultan-sultannya sejak dari Sultan Muhammad Syah kepada Sultan Muhammad Hassan (1582 – 1598) adalah ketentuan zaman kegemilangan Brunei. Hanya setelah itu terdapat beberapa masalah politik dan kekeluargaan dalam ‘kekacauan astana’ ditafsirkan sebagai kearah kemunduran Kerajaan Brunei Darussalam dan terus ketahap kritikal apabila James Brooke memasuki ‘kekacauan astana’ itu dengan ‘expansionist designs’ kepada ‘gunboat diplomacy’ (Ranjit Singh,1984, hal.59) – maka kesannya Brunei hanya tinggal dari 212.96 ribu kilometer persegi kepada hanya 5,765 ribu kilometer persegi. (Dr.Haji Zaini Haji Ahmad, 2003, hal.128). Dengan bertawakal dan berpegang teguh kepada aqidah Islam, hal dan perilaku James Brooke mengikis hak dan tanah Brunei di Borneo itu terus ditangani oleh Sultan Omar Ali Saifuddin II, Sultan Abdul Momin dan Sultan Hashim Jalilul ‘Alam Aqamaddim dalam politik Melayu Islam Beraja. Ketahanan Raja-Raja Brunei berMIB ini membawa mereka menerima saranan McArthur supaya Brunei menerima ‘Sistem Resident British’ secara pernaungan.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abd Latif, Dzulkiflee
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Study and teaching. Research
D History General and Old World > DS History of Asia > Southeast Asia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018)
ISSN: 978-967-15434-3-6
Volume: 1
Number: 1
Page Range: pp. 717-735
Keywords: Brunei, Foreign relations, Islam and state
Date: 2018
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133789
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 133789.pdf] Text
133789.pdf

Download (27MB)

ID Number

133789

Indexing

Statistic

Statistic details