Templat masalah kajian dalam penyelidikan pasca siswazah pengajian islam

Yusof @ Salleh, Muhammad Yusri and Hassan, Paiz and Zainal Abidin, Mohd Zahirwan Halim and Abd. Razak, Muhd Imran and Abdullah, Khadijah and Isahak, Ideris (2025) Templat masalah kajian dalam penyelidikan pasca siswazah pengajian islam. In: The 14th international invention, innovation & design competition 2025 (INDES 2025), 26 Jun 2025, Universiti Teknologi MARA, Perak.
Abstract

Inovasi ini memperkenalkan penggunaan Templat Masalah Kajian sebagai alat pedagogi berstruktur dalam memperkasa keupayaan pelajar pascasiswazah mengenal pasti, menyusun dan membangunkan masalah kajian secara sistematik dalam bidang Pengajian Islam. Inisiatif ini dirangka bagi menangani cabaran pelajar dalam membina fokus penyelidikan yang sahih, relevan dan berpaksikan syarak. Berdasarkan penerapan templat dalam tiga kajian kes iaitu Qiraat, budaya berpantang wanita Melayu, dan dakwah kepada komuniti nelayan pantai, templat ini membantu pelajar menyepadukan elemen literatur, konteks lapangan dan justifikasi hukum secara sistematik. Dapatan menunjukkan bahawa inovasi ini bukan sahaja berfungsi sebagai panduan teknikal, tetapi juga sebagai pemangkin kepada pemerkasaan epistemologi pelajar dalam menghasilkan penyelidikan yang lebih mantap. Inovasi ini turut memberi nilai tambah kepada amalan pengajaran penyelidikan di institusi Islam melalui pendekatan yang lebih terancang, reflektif dan mudah diadaptasi dalam pelbagai bidang tumpuan. Justeru, templat ini berpotensi untuk diperluas penggunaannya sebagai model latihan penyelidikan berimpak tinggi dalam konteks pendidikan tinggi Islam kontemporari.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 133783.pdf]
Text
133783.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics