Isu keselamatan Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB) di Malaysia: satu tinjauan

Harun, Noraida and Hamid, Noor ‘Ashikin and Salleh, Kamaliah and Bidin, Asiah and Hassim, Jady @ Zaidi (2018) Isu keselamatan Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB) di Malaysia: satu tinjauan. eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018), 1 (1): ch.7: 2. pp. 704-709. ISSN 978-967-15434-3-6

Abstract

Menurut Jadual Keempat Belas (seksyen 5A) Kanun Tanah Negara 1965 (KTN), dalam sistem Pendaftaran Berkomputer (SPTB), tanah yang terletak di bawah hak milik Pejabat Pendaftar atau Pejabat Tanah disediakan dalam dua bentuk iaitu dokumen hak milik daftaran komputer (DHDK) yang disimpan di pejabat tanah manakala dokumen hak milik keluaran komputer (DHKK) diberikan kepada tuan punya tanah di mana tuan punya tanah boleh pada bila-bila masa memohon untuk menukarkan dokumen hak milik keluaran kepada dokumen hak milik keluaran cetakan komputer dengan menyerahkan dokumen hak milik keluaran yang asal kepada pejabat pendaftaran tanah. Tetapi menurut peraturan 8 (5) Jadual Keempat Belas KTN. Pendaftar mempunyai budi bicara boleh menukarkan dokumen hak milik keluaran tanpa permohonan tuan punya tanah. Dengan dokumen hak milik ini, tuan punya tanah akan mendapat hak milik tidak boleh disangkal dan berhak untuk memecah lot sempadan tanah, menyatukan tanah dan memecah bahagi bangunan serta membuat pindah milik, gadaian dan pajakan di atas tanah tersebut. Berdasarkan metode analisis kes-kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah mengenai pencurian maklumat dalam SPTB digunakan dalam kajian ini untuk melihat keselamatan sistem pendaftaran berkomputer dalam menjaga hak milik tuan punya tanah. Hasil kajian membuktikan berlakunya pencurian dan ketidaktetapan maklumat terhadap urus niaga yang dilakukan dalam SPTB di pejabat tanah. Penulisan ini juga turut membincangkan cara – cara penyelesaian penipuan pencurian maklumat menurut Islam demi menjaga keselamatan hak milik pihak-pihak berkepentingan.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Harun, Noraida
noraida@unisza.edu.my
Hamid, Noor ‘Ashikin
shikin@unisza.edu.my
Salleh, Kamaliah
kamaliahsalleh@unisza.edu.my
Bidin, Asiah
asiah@unisza.edu.my
Hassim, Jady @ Zaidi
jady@ukm.edu.my
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and economics
K Law > KBP Islamic law. Sharī'ah. Fiqh > Land tenure (Islamic law)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018)
ISSN: 978-967-15434-3-6
Volume: 1
Number: 1
Page Range: pp. 704-709
Keywords: Islamic law, Land titles, Malaysia
Date: 2018
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133722
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 133722.pdf] Text
133722.pdf

Download (3MB)

ID Number

133722

Indexing

Statistic

Statistic details