Abstract
Kolej Komuniti Bandar Penawar (KKBP), merupakan salah sebuah institusi pendidikan awam yang terletak di Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor. Memiliki tanah yang luas membolehkan pelbagai tumbuhan ditanam dalam kampus KKBP. Penanaman rosel dan cili padi jenis sentil di kebun kampus KKBP disebabkan kaedah penanaman dan penjagaannya yang lebih mudah untuk diuruskan serta tempoh pembiakan rosel dan cili padi yang singkat sekitar lima (5) bulan, sudah boleh dituai hasil. Rosel ditanam menggunakan kaedah tradisional dan cili padi menggunakan kaedah sistem fertigasi. Namun apabila terdapat lambakan buah rosel dan cili padi yang banyak, timbul pelbagai ilham dan pandangan untuk mengkomersialkan produk berunsurkan rosel dan cili padi ini. Sambal bilis rosel (SBR) merupakan produk yang terhasil dari permasalahan ini. SBR merupakan gabungan produk makanan yang berasaskan rosel dan cili padi, yang dibungkus dalam satu pek aluminium yang mesra dibawa kemana-mana. Bagi menjaga kualiti produk, pembungkusannya adalah dengan menggunakan kaedah retort. Sambal bilis rosel dicipta untuk memudahkan pengguna makan dan minum tanpa perlu bersusah payah di dapur, sebaliknya dengan satu pek ini akan terhasil makanan yang boleh disediakan dengan tempoh masa yang cepat. Impak dari penghasilan produk sambal bilis rosel ini, diharapkan impian untuk membawa KKBP menjadi salah sebuah institusi pendidikan yang dapat mengeluarkan produk makanan menggunakan sumber hasil kebun sendiri, menjadi satu kenyataan satu hari nanti. Usahasama berterusan dengan Jabatan Pertanian, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dan pelbagai lagi pihak yang berkepentingan, diharapkan dapat menjadi pemangkin buat KKBP membantu negara melalui cabaran persekitaran pertanian intensiti tinggi bandar. Kajian penerimaan SBR turut dijalankan untuk meninjau tahap penerimaan responden terhadap produk SBR. Instrumen soalselidik menggunakan skala hedonik telah diedarkan kepada 105 orang responden. Data dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan perisian Excel 2016. Analisis menunjukkan bahawa SBR diterima pada tahap baik oleh responden dengan nilai min 3.83. Kesimpulannya, SBR ini diterima secara optimistik oleh responden.
Metadata
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Abdullah, Herryanni UNSPECIFIED Shahrol, Masyitah Nadhirah Aida UNSPECIFIED Md Foz, Muhammad Noorfauzan Ridzuan UNSPECIFIED Saharudin, Syahzanani Nabila UNSPECIFIED |
| Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Agriculture > Agricultural economics T Technology > TS Manufactures > Packaging > Special containers and packaging methods, A-Z > Pressure packaging |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Pasir Gudang Campus > College of Computing, Informatics and Mathematics |
| Volume: | 1 |
| Page Range: | pp. 285-289 |
| Keywords: | Sambal bilis rosel, Pek aluminium, Kaedah penanaman, Kaedah retort, Skala hedonik |
| Date: | 2023 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133505 |
