Abstract
Akses kepada peluang pendidikan yang semakin meningkat telah menyebabkan peningkatan juga kepada keperluan kepada kualiti akademik dan hal ini tidak terkecuali juga kepekaan terhadap isu imej atau reputasi sesebuah universiti. Sehubungan dengan itu, penarafan universiti bertaraf dunia atau World University Ranking (WUR) turut timbul berikutan dengan arus dan tuntutan yang berlaku. Kelebihan WRU sememanganya banyak, antaranya untuk tujuan penilaian kualiti, sebagai penandaarasan, membantu pelajar membuat pemilihan serta kerjasama global. Namun tidak dinafikan penarafan ini juga terdedah kepada kekurangan. Dalam menelesuri penulisan berkaitan sistem penarafan berskala global dalam konteks Malaysia, sumber-sumber banyak tetapi berasingan dan berselerak. Lebih penting lagi, penulisan mengenainya secara akademik iaitu yang menggunakan satu kerangka analisis yang khusus masih terhad. Kajian juga tertumpu hanya kepada satu sisi sahaja iaitu dari sudut inconsistencies atau paradoksnya yang muncul hasil dari perlaksanaan WUR dengan tumpuan kepada simptom kepada permasalahan, punca-punca dan saranan bagi memperkemaskan implementasi WUR. Kajian adalah dalam berbentuk kualitatif, bersumberkan data sekunder seperti buku, keratan akhbar, artikel, jurnal. Dapatan kajian diperteguhkan lagi dengan penglibatan pengkaji dalam mengManapri beberapa siri seminar berkaitan topik perbincangan yang disampaikan oleh beberapa tokoh yang berautoriti, terdiri dari bekas naib canselor, ketua pengarah kementerian dan para profesor yang peka dengan peranan dan perkembangan yang berlaku mutakhir ini di universiti-universiti dalam dan luar negara. Kajian mendapati isu WUR ini bukannyalah sama ada ianya isu berskala lokal atau global, tetapi berbalik kepada isu kepimpinan atau lebih khusus talent leadership, yang antara lain perlu faham terhadap dasar pendidikan yang sedia ada dan kemudian menyusulinya melalui tindakan yang betul dan tepat.
Metadata
| Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Yaakob, Ahmad Faiz UNSPECIFIED Zakaria, Jazimin UNSPECIFIED Mohamad Dzohir, Nur Aina Nadia UNSPECIFIED Noraziz, Wafa Syukreena UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Performance. Competence. Academic achievement L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education L Education > LB Theory and practice of education > Educational productivity |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
| Journal or Publication Title: | International Conference on Law, Accounting & Finance 2023 E-Proceeding |
| Event Title: | International Conference of Law, Accounting & Finance ICLAF 2023 |
| Event Dates: | 5th September 2023 |
| Page Range: | pp. 98-105 |
| Keywords: | Penarafan Universiti Dunia, Teori Pengurusan Prestasi, KPI, KRA, kepimpinan |
| Date: | September 2023 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133393 |
