Abstract
Kesukarelawan sering dilihat sebagai komponen penting yang perlu diselaraskan dengan pembentukan organisasi khusus dalam melaksanakan program-program di bawah tanggungjawab sosial korporat (CSR). Struktur jawatankuasa, pengagihan tugas, dan lainlain amalan pengurusan adalah kebiasaan, terutama sekali dalam konteks universiti. Namun, timbul persoalan mengenai sama ada kerangka pengurusan CSR ini merupakan model yang paling berkesan. Pengendalian program kesukarelawan oleh NGO lazimnya berasaskan kepada model pengurusan yang lebih ringkas dan praktikal, yang mungkin boleh dijadikan rujukan alternatif. Selain itu, model pengurusan yang lebih mudah dan praktikal serta kerangka fikir sukarelawan yang bebas dan tidak terikat mempunyai potensi untuk mencapai objektif program yang lebih optimum. Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan serta menggariskan perbandingan antara pengurusan program yang diamalkan oleh NGO dan kerangka fikir sukarelawan di universiti. Kajian ini didasarkan kepada pengalaman penulis sebagai aktivis dakwah orang asli yang aktif, terutamanya di Sungai Siput dan Ulu Kinta, Perak, serta Pos Lemoi, Ringlet, Pahang, bersama pelbagai NGO. Dapatan daripada pengalaman selama dua belas tahun sebagai aktivis NGO dan enam tahun dalam dakwah orang asli dihimpunkan dan dianalisis dalam kertas kerja ini.
Metadata
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Musa, Muhammad Suhaimi suhaimi245@uitm.edu.my Muhammad, Afzanizam afzan497@uitm.edu.my Yusoff, Siti Rohamini sitir903@uitm.edu.my Ahmad Puad, Anwarul Munazil UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Md Hashim, Azhari azhari033@uitm.edu.my Chief Editor Anuar, Azyyati azyyati@uitm.edu.my |
| Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) L Education > L Education (General) |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
| Page Range: | p. 143 |
| Keywords: | CSR, pengurusan program, Orang asli, Kerangka fikir, Sukarelawan bebas |
| Date: | 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133379 |
