Bengkel kerja pemantapan lukisan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) semester 2 peringkat Negeri Perak

Khairudin, Khayril Anwar (2024) Bengkel kerja pemantapan lukisan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) semester 2 peringkat Negeri Perak. In: International Symposium on Community Social Responsibility (i-CSR) 2024 “Synergizing For Social Impact: Collaborative Community Strategies. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah, p. 139. ISBN 9789672948674
Abstract

Bengkel kerja pemantapan lukisan STPM merupakan program pendidikan seni yang diadakan untuk membangunkan kemahiran teknikal dan kreativiti pelajar melalui latihan praktikal dan bimbingan pakar. Tujuan utama bengkel ini adalah untuk memperkenalkan pelajar kepada asas dan teknik melukis, termasuk penggunaan alat dan bahan seperti pensil dan arang. Dalam suasana yang menyokong, pelajar diberikan peluang untuk meneroka gaya dan teknik yang berbeza, mempraktikkan kemahiran mereka, serta menilai hasil karya mereka melalui maklum balas yang membina dari fasilitator dan rakan sebaya. Bengkel lukisan ini memberi penekanan kepada peningkatan Kemahiran psycomoto dan observasi, perhatian terhadap perincian, dan penyelesaian masalah melalui pendekatan kreatif. Selain itu, ia juga memainkan peranan penting dalam menggalakkan ekspresi peribadi dan peningkatan keyakinan diri pelajar, di samping membangunkan kemahiran sosial melalui kerjasama dan komunikasi.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 133358.pdf]
Text
133358.pdf
Download (968kB)
Indexing & Metrics