Abstract
PICCI merupakan akronim untuk Perak International Convention on Creative Industry. Acara ini dianjurkan oleh Pejabat Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni (PJIMA) UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar, Malaysia yang merangkumi siri forum dan pembentangan, penjualan produk/perkhidmatan, bengkel dan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan industri & ekonomi/keusahawanan dan kebudayaan kreatif. PICCI juga tidak fokus atau eksklusif terhadap mana – mana bidang kreatif malah meraikan kepelbagaian bidang yang dirasakan bersangkutan, dari seni visual, fesyen, teknologi, permainan, muzik dan banyak lagi. PICCI cuba untuk memberikan platform kepada semua bidang kreatif yang ada. Pengunjung berpeluang untuk belajar daripada pakar industri, bertemu dengan individu yang berkongsi minat yang sama terhadap industri ini bagi memperoleh pengetahuan dan sumber yang berharga untuk membantu meningkatkan inisiatif kreatif mereka ke tahap yang lebih baik. Bagi memastikan acara berlangsung dengan lancar dan mempunyai impak, PICCI tidak berjalan secara keseorangan, tetapi sama – sama berganding bahu dengan pelbagai institusi seperti Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, Kerajaan Negeri Perak, Tourism Perak, Majlis Reka Bentuk Malaysia, MDEC dan juga universiti awam dan swasta. PICCI juga tidak terbatas dengan jaringan kolaborasi tempatan, malah berkolaborasi juga dengan IDDC (Indonesia Design Development Center) dan merancang untuk membina jaringan antarabangsa dengan lebih banyak lagi negara. Kolektif sebegini memberi banyak faedah kepada semua pihak yang terlibat dari segi pertukaran kemahiran, budaya dan industri. Usaha PICCI untuk mengangkat dan meraikan industri kreatif ini secara tidak langsung memberi faedah juga terhadap industri pelancongan dan lokaliti di Perak Tengah khususnya dan Malaysia secara amnya. Kehadiran peserta (syarikat dan pelawat) ke PICCI membantu usahawan dan perniagaan tempatan mendapat keuntungan.
Metadata
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Rahaman, Ashraf ashra769@uitm.edu.my Ramlie, Mohd Khairulnizam nizamramlie@uitm.edu.my |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Md Hashim, Azhari azhari033@uitm.edu.my Chief Editor Anuar, Azyyati azyyati@uitm.edu.my |
| Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) N Fine Arts > N Visual arts (General) > Art and the state. Public art T Technology > T Technology (General) > Creative ability in technology |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
| Page Range: | p. 134 |
| Keywords: | PICCI, Perak, Convention, Creative, Industry |
| Date: | 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133344 |
