Abstract
Umum mengetahui bahawa ilmu dan pendidikan merupakan solusi terbaik dalam mengubah kehidupan golongan asnaf daripada belenggu kemiskinan. Ekoran itu, institusi zakat giat memainkan peranan dalam menyalurkan dana zakat dalam bentuk bantuan pendidikan kepada golongan asnaf di Malaysia dan Indonesia dan memastikan golongan asnaf fisabilillah mendapat peluang pendidikan dan berjaya seperti orang lain. Isu-isu pendidikan seperti keciciran dalam pelajaran kerana gagal melunaskan yuran pengajian merupakan antara isu yang sering dilaporkan dalam kebanyakan kajian-kajian lepas. Justeru itu, kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti dan menganalisis pengaruh bantuan zakat terhadap pencapaian akademik pelajar yang mendapat bantuan zakat pendidikan di Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu (UiTMCT) dan Universitas Sains Al-Qur’an, Indonesia (UNSIQ). Kajian ini turut merumuskan beberapa cadangan untuk memperkasakan bantuan zakat di UiTMCT dan UNSIQ. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif yang melibatkan kaedah pengumpulan data dengan mengedarkan soal selidik kepada 54 orang pelajar di UiTMCT dan UNSIQ. Dapatan yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 24. Menerusi hasil ujiant, terdapat perbezaan yang signifikan yang ditunjukkan oleh pemboleh ubah prestasi akademik dan tadbir urus di antara UiTMCT dan UNSIQ dengan nilai p kurang daripada 0.05. Diharapkan kajian ini dapat memberi gambaran kepada masyarakat terhadap usaha pemerkasaan pembangunan zakat pendidikan tinggi yang telah dilakukan oleh institusi zakat di kedua-dua negara, Malaysia dan Indonesia dalam membantu asnaf fisabilillah yang memerlukan.
Metadata
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Yahaya, Salimah salimahyahya@uitm.edu.my Awang, Azarudin azaru154@uitm.edu.my Ngah, Nazlin Emieza nazlin5316@uitm.edu.my Musfiroh, Mila Fursiana Salma UNSPECIFIED Bashori, Akmal UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Md Hashim, Azhari azhari033@uitm.edu.my Chief Editor Anuar, Azyyati azyyati@uitm.edu.my |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General) H Social Sciences > H Social Sciences (General) L Education > L Education (General) |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
| Page Range: | p. 131 |
| Keywords: | Zakat, Asnaf, Prestasi akademik, UiTM, UNSIQ |
| Date: | 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133324 |
