Cabaran transformasi digital dalam kalangan usahawan kecil: satu tinjauan awal

Zainal, Nor Fadzilah and Muhsain, Siti Nur Fathini and Harun, Nor Hidayah and Umar, Azli and Ishak, Aniza@Marzita (2024) Cabaran transformasi digital dalam kalangan usahawan kecil: satu tinjauan awal. In: International Symposium on Community Social Responsibility (i-CSR) 2024 “Synergizing For Social Impact: Collaborative Community Strategies. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah, p. 125. ISBN 9789672948674

Official URL: https://sites.google.com/uitm.edu.my/icsr2024/home

Abstract

Era digital yang semakin maju kini telah membuatkan perubahan gaya hidup masyarakat menjadi lebih efektif dan efisien dalam menguruskan kehidupan seharian seperti urusan jual beli. Namun, masih terdapat usahawan yang kurang cakna dalam mempraktiskan transformasi digital ini untuk mengembangkan perniagaan ke peringkat global terutamanya bagi usahawan kecil. Sehubungan dengan itu, satu tinjuan awal telah dilaksanakan terhadap 30 orang usahawan kecil yang hadir ke bengkel Usahawan Kecil, Impak Besar: Kuasa Pemasaran Digital di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bertam, Pulau Pinang Tujuan utama kajian adalah untuk memahami cabaran dan keperluan peserta dalam memanfaatkan teknologi digital untuk pertumbuhan perniagaan. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan kuantitatif dengan menggunakan soal selidik. Dapatan kajian mendedahkan, cabaran utama adalah kekurangan literasi komputer dalam kalangan peserta yang mana ramai di antara mereka kurang mahir dalam menggunakan teknologi digital asas yang diperlukan untuk aktiviti pemasaran yang berkesan. Begitu juga dengan kurangnya pengetahuan mengenai konsep dan alat pemasaran digital seperti pengoptimuman enjin carian (SEO) dan pemasaran media sosial turut menyukarkan usahawan kecil untuk memaksimumkan potensi perniagaan mereka di platform digital. Selain itu, akses internet yang terhad serta turut menghalang usahawan ini daripada mengambil kesempatan penuh terhadap strategi pemasaran dalam talian. Oleh itu, hasil kajian ini dapat membantu memberikan gambaran awal kepada pihak tertentu untuk merangka langkah intervensi yang lebih tepat bagi membantu usahawan kecil. Pemahaman yang lebih mendalam tentang cabaran dan keperluan usahawan kecil dapat memastikan kejayaan dan kelestarian perniagaan mereka dalam ekonomi digital yang semakin berkembang ini. Tambahan lagi, dengan memperkasakan usahawan kecil dengan kemahiran dan pengetahuan yang relevan, mereka dapat menggunakan teknologi digital secara efektif dan berkeyakinan.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Zainal, Nor Fadzilah
iela@uitm.edu.my
Muhsain, Siti Nur Fathini
fathini@uitm.edu.my
Harun, Nor Hidayah
norhidayah510@uitm.edu.my
Umar, Azli
azliumar@uitm.edu.my
Ishak, Aniza@Marzita
anizaishak@uitm.edu.my
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Md Hashim, Azhari
azhari033@uitm.edu.my
Chief Editor
Anuar, Azyyati
azyyati@uitm.edu.my
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
L Education > L Education (General)
T Technology > T Technology (General) > Creative ability in technology
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Page Range: p. 125
Keywords: Transformasi digital, Usahawan kecil, Literasi, Teknologi digital, Pemasaran digital
Date: 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133298
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 133298.pdf] Text
133298.pdf

Download (970kB)

ID Number

133298

Indexing

Statistic

Statistic details