Keberkesanan intervensi program SULAM terhadap pemilikan harta tanah kepada komuniti setempat: kajian kes di Seri Iskandar, Perak

Abdullah Sani, Suwaibatul Islamiah and Che Kasim, Asmma’ and Anuar, Nur Afiqah (2024) Keberkesanan intervensi program SULAM terhadap pemilikan harta tanah kepada komuniti setempat: kajian kes di Seri Iskandar, Perak. In: International Symposium on Community Social Responsibility (i-CSR) 2024 “Synergizing For Social Impact: Collaborative Community Strategies. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah, p. 124. ISBN 9789672948674

Official URL: https://sites.google.com/uitm.edu.my/icsr2024/home

Abstract

Kepentingan dalam mengenali dan memahami dokumen hak milik hartanah adalah sangat penting terutama apabila dokumen ini adalah berkaitan dengan maklumat pemilikan dan transaksi hartanah. Namun tahap pemahaman individu berkaitan dokumen undang-undang tanah ini masih pada tahap yang kurang memuaskan. Jurang kesedaran ini boleh menjurus kepada permasalahan undang-undang seperti pertikaian hak milik, kerugian dan penyalahgunaan tanah. Melalui pendekatan kesedaran dan pendidikan dalam komuniti awam mengenai pemahaman terperinci mengenai item dalam dokumen hak milik masih tidak meluas. Cabaran utama adalah kaedah dan pendekatan penyebaran maklumat yang berkesan yang boleh memastikan masyarakat boleh memahami secara lebih mendalam item dan maklumat yang terkandung dalam dokumen hak milik hartanah. Objektif utama kajian ini adalah menilai keberkesanan inisiatif khidmat masyarakat SULAM bagi tujuan kesedaran dan pemahaman komuniti awam berkenaan dokumen hak milik serta item dan kandungan dalam dokumen hak milik. Kajian ini bermatlamat mengukur perubahan kesedaran dan kefahaman dalam kalangan komuniti sekitar penduduk Seri Iskandar, Perak berikutan intervensi ini. Kajian ini menggunakan teknik persampelan rawak dan tinjauan soal selidik menggunakan borang soal selidik kepada penduduk menghasilkan 289 respon. Selepas proses pengedaran risalah dan perkongsian maklumat, borang soal selidik akan dikongsikan dan dijawab bagi menilai perubahan dalam pengetahuan dan kesedaran mengenai dokumen hak milik. Analisis kuantitaif deskriptif digunakan bagi mengenalpasti peratusan perubahan dan memberi petunjuk tahap pemahaman dan keberkesanan program SULAM. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan positif berkenaan kesedaran dan pemahaman selepas mendapat perkongsian ilmu daripada program SULAM ini iaitu peningkatan peratusan komuniti memberi respon bersetuju dan sangat bersetuju melebihi 50%. Kajian ini dapat menyumbang kepada peningkatan pengetahuan komuniti dan juga menilai keberkesanan program SULAM melalui komen dan catatan positif dari kalangan komuniti dan wajar diteruskan dan diperluaskan dikawasan yang lebih meluas.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdullah Sani, Suwaibatul Islamiah
dsuwai676@uitm.edu.my
Che Kasim, Asmma’
asmma5126@uitm.edu.my
Anuar, Nur Afiqah
afiqahanuar@uitm.edu.my
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Md Hashim, Azhari
azhari033@uitm.edu.my
Chief Editor
Anuar, Azyyati
azyyati@uitm.edu.my
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
K Law > K Law in general. Comparative and uniform law. Jurisprudence > Civil law
L Education > L Education (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Page Range: p. 124
Keywords: Dokumen hak milik, Undang-undang hartanah, Khidmat masyarakat, Komuniti dalam pendidikan.
Date: 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133294
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 133294.pdf] Text
133294.pdf

Download (969kB)

ID Number

133294

Indexing

Statistic

Statistic details