Abstract
Pasaran globalisasi menyaksikan fenomena pengecualian liabiliti yang merupakan sebahagian daripada evolusi perdagangan tidak adil abad ke-21. Alat paling utama yang digunakan bagi melepaskan diri peniaga daripada liabiliti adalah melalui fasal pengecualian dalam kontrak pengguna. Senario yang berpunca daripada kegagalan pasaran yang membiarkan fasal pengecualian semakin berleluasa menagih penyelesaian segera. Keperluan masyarakat moden merupakan sesuatu yang kompleks dengan pelbagai isu rumit dan sukar ditafsirkan mengikut acuan perundangan lama berdasarkan common law. Penyelidikan ini dijalankan bertujuan untuk mengupas beberapa perundangan sedia ada di Malaysia iaitu, Akta Kontrak 1950, Akta Jualan Barangan 1957, dan Akta Pelindungan Pengguna 1999. Ketiga-tiga akta ini dibimbangi tidak berupaya menangani ketidakadilan fasal pengecualian dalam kontrak pengguna kerana fasal ini bersifat manipulatif dan digunakan sebagai senjata penindasan memandangkan terma-terma fasal ini tidak tertakluk pada rundingan antara pihak-pihak yang berkontrak.. Penyelidikan ini merupakan penyelidikan doktrinal yang mengguna pakai metode analisis kandungan, berpaksikan tiga pendekatan utama iaitu sejarah, jurisprudens, serta analitis dan kritis. Kertas kerja ini mengupas beberapa peruntukan yang terdapat dalam empat akta sedia ada, bagi mengenalpasti sejauh mana kawalan perundangan fasal pengecualian dalam kontrak pengguna diperlukan. Permasalahan kajian menunjukkan terdapatnya kelompangan kawalan perundangan yang minimum dan terhad walaupun ada peruntukan terma tidak adil dalam Bahagian IIIA Akta Pelindungan Pengguna 1999. Ketiadaan peruntukan perundangan yang spesifik mencetuskan keperluan perundangan yang signifikan dalam menangani krisis ledakan fasal pengecualian. Hasil dapatan penyelidikan ini jelas menunjukkan bahawa penambahbaikan peruntukan kawalan perundangan yang spesifik dengan menghasilkan satu kerangka perundangan yang khusus berupaya mengatasi ketidakadilan fasal pengecualian dalam kontrak pengguna di Malaysia. Kajian akan datang wajar mengambil kira intervensi kehakiman dalam menginterpretasikan konsep keadilan dan kesamarataan kuasa berundingan serta tidak semata-mata bergantung kepada konsep kebebasan berkontrak.
Metadata
| Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Abdullah, Farhah UNSPECIFIED Tajudin, Ainul Mardhiyyah UNSPECIFIED Zulkifli, Norsyazrah UNSPECIFIED Shaari @ Mat Saman, Nurulhasni UNSPECIFIED Jaiman, Cartaz Ummu Syawaeda UNSPECIFIED Mohammed Na'aim, Mohd Safri UNSPECIFIED |
| Subjects: | K Law > K Law in general. Comparative and uniform law. Jurisprudence > Commercial law K Law > K Law in general. Comparative and uniform law. Jurisprudence > Comparative law. International uniform Law > Regulation of industry, trade, and commerce. Occupational law K Law > K Law in general. Comparative and uniform law. Jurisprudence > Law enforcement |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
| Journal or Publication Title: | International Conference on Law, Accounting & Finance 2023 E-Proceeding |
| Event Title: | International Conference of Law, Accounting & Finance ICLAF 2023 |
| Event Dates: | 5th September 2023 |
| Page Range: | pp. 30-36 |
| Keywords: | Fasal pengecualian, terma tidak adil, Akta Kontrak 1950, Akta Jualan Barangan 1957, Akta Pelindungan Pengguna 1999 |
| Date: | September 2023 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133264 |
