Abstract
Pembangunan lot lidi sering dilaporkan menimbulkan pelbagai isu perundangan tanah. Ketiadaan takrifan rasmi lot lidi membolehkan ianya dilihat daripada pelbagai perspektif dan telah menyebabkan kekeliruan di kalangan masyarakat mahupun pihak berkuasa. Kajian ini mengkaji isu dan cabaran dalam pembangunan lot lidi bagi tujuan kediaman dari perspektif perundangan tanah mengikut tiga (3) kategori tanah yang terdapat di dalam Kanun Tanah Negara iaitu pertanian, bangunan dan industri termasuk syarat nyata tanah dengan indikasi First Grade. Kajian ini tertumpu di negeri Pulau Pinang kerana kupasan kajian ini melibatkan dokumen hakmilik dengan syarat nyata berindikasi First Grade yang hanya terdapat di negeri Pulau Pinang dan Melaka. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah pengumpulan data melalui kajian kepustakaan ke atas artikel, jurnal, kertas prosiding, buku-buku, statut, pekeliling, kes-kes mahkamah dan bahan-bahan bacaan lain yang berkaitan. Pengumpulan data juga dibuat melalui kaedah temubual separa berstruktur melibatkan responden-responden daripada pentadbiran tanah di negeri Pulau Pinang. Terdapat dua (2) penemuan utama isu-isu melibatkan pembangunan lot lidi mengikut kategori tanah iaitu ketuanpunyaan berdaftar dan pelanggaran syarat tanah. Hasil dapatan kajian juga mendapati bahawa pembangunan lot lidi di atas tanah berkategori pertanian berdepan dengan isu-isu yang lebih serius berbanding dengan tanah berkategori bangunan dan industri termasuk tanah dengan syarat nyata berindikasi First Grade. Dapatan kajian ini penting di dalam membantu pihak berkuasa untuk merencana jalan penyelesaian terhadap isu-isu yang berbangkit.
Metadata
| Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ismail, Norliana UNSPECIFIED Zakaria, Siti Radiaton Adawiyah UNSPECIFIED Samsudin, Salfarina UNSPECIFIED |
| Subjects: | K Law > K Law in general. Comparative and uniform law. Jurisprudence > Comparative law. International uniform Law > Environmental law K Law > K Law in general. Comparative and uniform law. Jurisprudence > Law enforcement K Law > K Law in general. Comparative and uniform law. Jurisprudence > Civil law |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
| Journal or Publication Title: | International Conference on Law, Accounting & Finance 2023 E-Proceeding |
| Event Title: | International Conference of Law, Accounting & Finance ICLAF 2023 |
| Event Dates: | 5th September 2023 |
| Page Range: | pp. 23-29 |
| Keywords: | Lot lidi, kategori tanah, tanah First Grade, pemilikan berdaftar, pelanggaran syarat tanah |
| Date: | September 2023 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133262 |
