Abstract
Sejajar dengan matlamat kedua di dalam Sustainability Development Goal (SDG) iaitu “end hunger, achieve food security, improved nutrition and promote sustainability culture” yang dipromosikan oleh United Nations, Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA) mengambil inisiatif untuk membudayakan penyediaan bank makanan kepada pelajar melalui pendekatan inisiatif program “BHEA & EMZI Community Pantry”. Menyedari tekanan kewangan adalah salah satu faktor utama yang mempengaruhi prestasi akademik dan kesejahteraan hidup para pelajar, BHEA UiTM Cawangan Kedah mengorak langkah prihatin dengan mencari ruang jalinan kerjasama bersama industri untuk membantu mengumpulkan makanan yang didermakan oleh pihak industri untuk dikongsikan kepada semua pelajar B40 dan memerlukan makanan secara percuma. Aktiviti seumpama ini amnya telah lama dilaksanakan dengan meluas di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Kanada dan Australia. Penubuhan bank makanan adalah salah satu alternatif dalam mengekang isu kelaparan dan ketiadaan atau terputus bekalan makanan. Umum mengetahui, jumlah semasa pelajar di UiTM Cawangan Kedah mencecah 7900 orang pelajar, di mana 3900 orang pelajar merupakan pelajar non-resident yang menyewa di luar sekitar kampus. Program “BHEA & EMZI Community Pantry” merupakan inisiatif yang sangat relevan untuk membantu membendung isu kebajikan pelajar demi untuk kelangsungan hidup mereka sepanjang berada di kampus. Pelajar non resident ini tidak memperoleh asrama, mereka terpaksa berhempas pulas mengagihkan duit tajaan pelajaran dengan sebaik mungkin. Kegagalan merancang kewangan menjadi salah satu faktor dikalangan pelajar yang terpaksa mengikat perut berhari-hari bahkan seminggu kerana catuan kewangan perlu diselaraskan dengan keperluan tugasan akademik yang kadang kala memerlukan kos sangat tinggi. Kertas kerja ini akan membincangkan secara konsep pelaksanaan idea penubuhan bank makanan di UiTM Cawangan Kedah, amnya di BHEA dengan sokongan dan dokongan industri iaitu EMZI Group Sdn Bhd. Hasil tinjauan umum menunjukkan bahawa program seperti bank makanan sangat berpotensi dilaksanakan di UiTM Cawangan Kedah, demi untuk membantu pelajar dan mengatasi masalah kebajikan sekaligus mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif. Ia juga membuka ruang kepada industri untuk bersama-sama menyumbang semula kepada komuniti yang memerlukan, khasnya pelajar UiTM Cawangan Kedah.
Metadata
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ismail, Junaida junaidaismail@uitm.edu.my Ibrahim, Siti Zalipah sitizalipah@uitm.edu.my Mohamed, Roslan UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Md Hashim, Azhari azhari033@uitm.edu.my Chief Editor Anuar, Azyyati azyyati@uitm.edu.my |
| Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) L Education > L Education (General) |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
| Page Range: | p. 119 |
| Keywords: | Bank makanan, Isu kelaparan, Jaringan industri, Kerjasama industri, SDG, UiTM Cawangan Kedah |
| Date: | 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133214 |
