Abstract
Pembasmian kemiskinan merupakan salah satu matlamat Sustainable Development Goals (SDG1). Bersesuaian dengan matlamat ini kerajaan telah merangka pelbagai dasar dan polisi untuk membasmi kemiskinan di Malaysia. Golongan Ibu Tunggal adalah kelompok rakyat Malaysia yang majoritinya berpendapatan rendah iaitu kumpulan B40. Era Industri 4.0 dan pandemik Covid-19 telah menyaksikan peningkatan perniagaan dalam talian. Justeru itu adalah wajar usahawan ibu tunggal juga terlibat di dalam perniagaan secara dalam talian. Walau bagaimanapun, kajian lepas menunjukkan ibu tunggal kurang kemahiran teknologi maklumat yang menyebabkan mereka tidak berani memasuki perniagaan dalam talian. Oleh yang demikian, program ini bermatlamat untuk meningkatkan kemahiran teknolgi maklumat dan pemasaran supaya ibu tunggal B40 mampu menjalankan perniagaan dalam talian yang akan meluaskan jangkauan pelanggan mereka. Peserta bagi program ini adalah ibu tunggal B40 yang telah menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan (saiz perniagaan mikro) yang berumur di antara 35 – 55 tahun dan tinggal di daerah Kuala Nerus, Terengganu. Secara spesifik, peserta program ini adalah ibu tunggal yang berminat untuk menjalankan perniagaan secara dalam talian tetapi tiada kemahiran teknologi maklumat dan pemasaran yang menyebabkan mereka tidak berani untuk meneruskan niat mereka. Seramai 10 orang ibu tunggal telah dikenalpasti sebagai peserta program ini. Program ini dilaksanakan dengan empat sesi latihan secara hands on. Selepas sesi latihan tamat, kajian impak telah dilaksanakan di kalangan peserta program bertujuan untuk melihat peningkatan kemahiran teknologi maklumat, peningkatan jualan dan keuntungan, dan kemampuan menguruskan perniagaan dalam talian
Metadata
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamed, Wan Norhayati wannor@umt.edu.my Salleh, Hayatul Safrah hayatul@umt.edu.my Omar, Khatijah UNSPECIFIED Nik Mat, Nik Hazimah nikhazimah@umt.edu.my |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Md Hashim, Azhari azhari033@uitm.edu.my Chief Editor Anuar, Azyyati azyyati@uitm.edu.my |
| Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) L Education > L Education (General) |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
| Page Range: | p. 115 |
| Keywords: | Ibu tunggal, B40, Ekonomi |
| Date: | 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133212 |
