Keberkesanan aplikasi mudah alih ready-kerja dalam meningkatkan kesediaan kendiri sebelum temuduga kerja: kajian persepsi di kalangan peserta program industry collaboration and career evelopment (ICCA@POLYCC 2024)

Abdul Razak, Nurul Huda and Raja Yunus, Raja Nor Azrin (2024) Keberkesanan aplikasi mudah alih ready-kerja dalam meningkatkan kesediaan kendiri sebelum temuduga kerja: kajian persepsi di kalangan peserta program industry collaboration and career evelopment (ICCA@POLYCC 2024). In: International Symposium on Community Social Responsibility (i-CSR) 2024 “Synergizing For Social Impact: Collaborative Community Strategies. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah, p. 115. ISBN 9789672948674

Official URL: https://sites.google.com/uitm.edu.my/icsr2024/home

Abstract

ReadyKerja adalah satu aplikasi mudah alih yang dibangunkan bagi membantu pengguna dalam membuat persediaan ke temu duga kerja. Pembangunan aplikasi ini merupakan inisiatif penyelidik bermula sebagai Alat Bantu Mengajar bagi kursus DUE50032 Communicative English 3 dan kemudiannya disebar luaskan penggunaannya bagi memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada komuniti setempat yang sedang mencari peluang pekerjaan. Dua soalan kajian ditetapkan sebagai fokus kajian ini iaitu: (i) ”Apakah persepsi pengguna terhadap aplikasi mudah alih ReadyKerja?” dan (ii) ”Apakah persepsi pengguna terhadap keberkesanan penggunaan aplikasi mudah alih ReadyKerja dalam membuat persediaan ke temu duga kerja?”. Satu kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik di atas platform Google Form. Soal selidik diedarkan kepada peserta Program Industry Collaboration and Career Development (ICCA@POLYCC 2024) yang diadakan di Dewan Seri Mutiara Politeknik Seberang Perai pada 14 Mei 2024. Dapatan analisis kajian mendapati bahawa majoriti pengguna memberi persepsi yang baik kepada pembangunan aplikasi ini yang dapat membantu pengguna daripada kalangan komuniti setempat yang hadir ke ICCA@POLYCC 2024. Majoriti pengguna juga memberi respon positif kepada semua soalan yang disenaraikan dalam soal selidik yang menunjukkan bahawa aplikasi mudah alih ReadyKerja adalah mesra pengguna, berfungsi dengan baik dan mempunyai paparan antaramuka yang menarik. Bagi analisis keberkesanan pula, responden memberi respon positif kepada pernyataan yang menunjukkan bahawa aplikasi ini membuatkan kaedah rujukan untuk persediaan ke temu duga kerja menjadi mudah dan cepat (menjimatkan masa), ia membantu mereka untuk lebih yakin dalam temu duga kerja, dan aplikasi mudah alih ReadyKerja dapat membantu mereka mendapatkan pekerjaan. Kesimpulannya, aplikasi ini memberi manfaat kepada pengguna dari segi rujukan dalam persediaan ke temu duga kerja. Beberapa kajian akan datang juga dicadangkan untuk menambah baik kajian ini, antaranya ialah dengan menjalankan kajian yang lebih mendalam berkaitan penambah baikan pembangunan aplikasi mudah alih ReadyKerja dan disebar luaskan penggunaannya melangkaui komuniti setempat.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdul Razak, Nurul Huda
UNSPECIFIED
Raja Yunus, Raja Nor Azrin
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Md Hashim, Azhari
azhari033@uitm.edu.my
Chief Editor
Anuar, Azyyati
azyyati@uitm.edu.my
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
L Education > L Education (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Page Range: p. 115
Keywords: Aplikasi mudah alih, Peluang pekerjaan, Temu duga kerja
Date: 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133211
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 133211.pdf] Text
133211.pdf

Download (970kB)

ID Number

133211

Indexing

Statistic

Statistic details