Abstract
Program Kemiskinan Kampus Sifar merupakan inisiatif di peringkat UiTM Cawangan Perak di bawah Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf, bagi menjayakan matlamat tiada kemiskinan (no poverty) iaitu matlamat pertama daripada 17 Matlamat Pembangunan Mapan atau Sustainable Development Goals (SDG) yang digagaskan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Program ini mengambil konsep kemiskinan kampus sebagai satu kriteria unik yang menjelaskan kewujudan masyarakat pelajar sebagai komuniti terdekat yang perlu diberi keutamaan dari segi program pembasmian kemiskinan. Ianya berasaskan berasaskan realiti kehidupan kampus yang menunjukan berlakunya perubahan polar kemiskinan dalam kalangan pelajar yang terhasil daripada intervensi yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan atau swasta dalam bentuk tajaan pendidikan khususnya pelajar yang berlatarbelakangkan keluarga miskin atau B40, menjadikan kemiskinan kampus tidak lagi merujuk kepada kemiskinan keluarga. Sehubungan itu program dengan misi membantu pelajar yang menghadapi defisit belanjawan bagi memenuhi keperluan pendidikan minima bagi sesuatu semester, menutup jurang keperluan tersebut melalui agihan zakat. Bagi menjayakan misi ini, tiga objektif utama telah digariskan iaitu; pertama, mengenalpasti asnaf zakat yang memerlukan berasaskan konsep kemiskinan kampus; kedua, mengagihkakan zakat kepada setiap penerima secara adil berasaskan defisit benajawan yang dihadapi dan ketiga mengambil inisiatif mendapatkan kerjasama pihak korporat untuk menyumbang dana zakat menutup jurang kemiskinan yang dihadapi. Kejayaan program ini diukur berasaskan dua petunjuk prestasi, iaitu peratusan jurang kemiskinan yang berjaya ditutup melalui agihan zakat pada sesuatu semester dan indeks pencapaian zakat menutup jurang kemiskinan bagi semester semasa berbanding semester asas.
Metadata
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Yaacob, Hamdi Rahman hamdi105@uitm.edu.my Ibrahim, Nur Hisham nurhi540@uitm.edu.my Md Noh, Abdul Munir UNSPECIFIED Arshad, Mohd Fawazie fawazie@uitm.edu.my Ali Hasan, Ahmad Rozaini fathi397@uitm.edu.my Mohamad, Masurah masur480@uitm.edu.my |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Md Hashim, Azhari azhari033@uitm.edu.my Chief Editor Anuar, Azyyati azyyati@uitm.edu.my |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General) H Social Sciences > H Social Sciences (General) L Education > L Education (General) |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
| Page Range: | p. 112 |
| Keywords: | Kemiskinan Kampus, Kemiskinan sifar, Matlamat pembangunan mapan, Zakat IPT |
| Date: | 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133208 |
