Sumbangan dana prihatin, implikasi dan keberkesanan terhadap komuniti pelajar di IPTA

Ibrahim, Siti Zalipah and Ismail, Junaida and Saari, Sarliza (2024) Sumbangan dana prihatin, implikasi dan keberkesanan terhadap komuniti pelajar di IPTA. In: International Symposium on Community Social Responsibility (i-CSR) 2024 “Synergizing For Social Impact: Collaborative Community Strategies. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah, p. 110. ISBN 9789672948674

Official URL: https://sites.google.com/uitm.edu.my/icsr2024/home

Abstract

CSR atau tanggungjawab sosial korporat menjadi salah satu agenda di dalam pembangunan negara masa kini, dan ianya hangat dibicarakan di pelbagai peringkat organisasi dan industri. CSR sangat penting dan pelbagai usaha digerakkan oleh kerajaan dalam memastikan aktiviti dan tanggungjawab sosial ini disebarluaskan kepada semua lapisan masyarakat. Kertas konsep ini akan membincangkan pelaksanaan program CSR melalui pendekatan “Program Dana Prihatin” yang merupakan inisiatif utama yang telah diusahakan oleh Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA) UiTM Cawangan Kedah dengan kerjasama Pejabat Bendahari. Inisiatif ini dilaksanakan atas kapasiti isu dan trend peningkatan pelajar yang memohon penangguhan bayaran yuran pengajian bagi semester 20234 dan 20242. Antara faktor yang menjadi penyebab pelajar gagal membuat bayaran yuran pengajian kerana jumlah tajaan kewangan yang diperolehi setiap semester tidak mencukupi untuk menampung kehidupan para pelajar di kampus secara keseluruhan. Isu ini menjadi pemangkin kepada BHEA untuk mencari langkah penyelesaian. Antara langkah drastik yang diambil adalah dengan mendekati beberapa institusi kewangan untuk menjayakan program ini. Inisiatif ini disambut baik oleh Bank Rakyat yang merupakan salah satu institusi kewangan yang terkemuka di Malaysia. Bank Rakyat menjadi pendana utama kepada program rintis ini, dengan memberikan sejumlah RM30,000.00 sebagai langkah awal sumbangan kewangan bagi menampung yuran pelajar bagi tahun 2024. Tidak cukup dengan itu, sumbangan bernilai RM 25 000.00 turut diberikan bagi menjayakan program Cahaya Aidiladha. Ini membuktikan bahawa usaha menyemarakkan budaya CSR adalah relevan dan sangat signifikan dalam membantu kelangsungan hidup para mahasiswa khasnya mahasiswa di UiTM Cawangan Kedah.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ibrahim, Siti Zalipah
sitizalipah@uitm.edu.my
Ismail, Junaida
junaidaismail@uitm.edu.my
Saari, Sarliza
sarliza_saari@uitm.edu.my
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Md Hashim, Roshima
azhari033@uitm.edu.my
Chief Editor
Anuar, Azyyati
azyyati@uitm.edu.my
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
L Education > L Education (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Page Range: p. 110
Keywords: BHEA, Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), isu bayaran yuran, mahasiswa, sumbangan kepada komuniti
Date: 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133206
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 133206.pdf] Text
133206.pdf

Download (970kB)

ID Number

133206

Indexing

Statistic

Statistic details