Ulur aura semalu (3 in 1) – minyak urut + lulur + masker berasaskan mimosa pudica dan herba-herba terpilih (Manjamalu Multi Care)

Hassan, Nor Faizah and Gopal, Krishnavehni (2024) Ulur aura semalu (3 in 1) – minyak urut + lulur + masker berasaskan mimosa pudica dan herba-herba terpilih (Manjamalu Multi Care). In: International Symposium on Community Social Responsibility (i-CSR) 2024 “Synergizing For Social Impact: Collaborative Community Strategies. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah, p. 108. ISBN 9789672948674

Official URL: https://sites.google.com/uitm.edu.my/icsr2024/home

Abstract

Minyak urutan adalah medium yang sangat diperlukan oleh terapis, bidan tradisional, pengurut refleksologi, dan individu yang berkaitan dengan perkhidmatan urutan badan.Sementera itu, lulur dan masker juga penting bagi pengusaha spa dan bidan dalam bidang kecantikan. Oleh sebab keperluan itu, terhasillah Ulurmask Aura Semalu (3 In 1) Minyak Urut Lulur Masker di bawah rangkaian produk Manjamalu Multicare. Manjamalu Multicare telah mengeluarkan beberapa rangkaian produknya.Keistimewaan produk kali ini adalah gabungan minyak urut, lulur, dan masker dalam satu penggunaan, yang biasanya digunakan secara berasingan oleh pengguna atau usahawan kecantikan.Dengan adanya produk ini, pengguna akan menikmati manfaat 3 dalam 1 perkhidmatan yang menjimatkan kos bahan, masa, dan tenaga. Manjamalu Multicare menggunakan pohon semalu atau nama sainstifiknya Mimosa pudica sebagai esktrak utama dalam kesemua rangkaian produknya. Tumbuhan herba ini masih belum dikomersialkan secara meluas, namun telah dikaji tentang khasiat dan keberkesanannya untuk kulit.Herba-herba campuran lain merupakan herba tempatan yang terbukti mempunyai pelbagai khasiat dan manfaat kepada tubuh badan, terutama bagi yang mempunyai masalah kulit. Keseluruhan bahagian pokok semalu, terdari daripada daun, bunga, dan akar, dibersihakn dan dicampur dengan bahan lain seperti 20 jenis herba untuk menghasilkan produk ini. Semua ramuan dikombinasikan bersama minyak bunga canola sehingga memperoleh tekstur yang sesuai. Kajian awal penilaian sensori produk ini telah dijalankan untuk meninjau tahap penerimaan produk Ulurmask Aura Semalu. Keadah penilaian sensori menggunakan skala 9 hedonik untuk menilai bau, tekstur, warna, keberkesanan produk, dan penerimaan keseleruhan produk.Seramai 24 responden telah dipilih dari pelbagai peringkat umur. Produk ini juga boleh digunakan sebagai minyak urutan, minyak rambut, minyak bayi, masker, skrub dan bedak. Hasil ujian hedonic menunjukkan produk ini mempunyai skor minimum 4 dalam semua atribut.Kesimpulannya, produk Ulurmask Aura Semalu (3 In 1) Minyak Urut Lulur Masker menepati citarasa pengguna dan mempunyai peluang cerah untuk dikomersialkan.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Hassan, Nor Faizah
UNSPECIFIED
Gopal, Krishnavehni
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Md Hashim, Azhari
azhari033@uitm.edu.my
Chief Editor
Anuar, Azyyati
azyyati@uitm.edu.my
Subjects: T Technology > T Technology (General) > Creative ability in technology
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Page Range: p. 108
Keywords: Semalu, Minyak urut, Lulur, Masker
Date: 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133204
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 133204.pdf] Text
133204.pdf

Download (970kB)

ID Number

133204

Indexing

Statistic

Statistic details