Abstract
Penetapan waktu solat dilakukan dengan mengambil kira pergerakan matahari sepanjang hari. Melalui ini, dapatlah mengetahui permulaan dan pengakhiran waktu solat. Oleh itu, perhitungan waktu solat perlu dikaji supaya hasil ketetapan dalam penentuan waktu solat lebih tepat. Kertas kerja ini membincangkan kaedah penetapan waktu solat berdasarkan kepada pergerakan matahari serta mengemukakan aspek syariah dan sains dalam penentuan waktu solat. Oleh yang demikian, penetapan waktu solat adalah mengikut ketetapan yang telah ditetapkan dalam al-Quran dan al-Sunnah, manakala pelaksanaanya pula melibatkan ilmu sains astronomi dan matematik. Namun begitu terdapat beberapa ralat dalam penetapan waktu solat. Oleh sebab itu, kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti ralat dalam parameter yang digunapakai untuk pengiraan waktu solat. Bagi mencapai objektif kajian ini, kaedah pengumpulan data melalui analisis dokumen serta pemerhatian telah dibuat untuk mengenalpasti kedudukan matahari. Hasil kajian mendapati bahawa penetapan waktu solat dipengaruhi oleh parameter kedudukan matahari yang melibatkan nilai deklinasi dan jarak zenith matahari.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Awang @ Ab Rahman, Nurul Hidayah nurul659@kelantan.uitm.edu.my Zainuddin, Mohd Zambri mohdzz75@gmail.com Mohd Zulkifli, Noor Hidayah bondthe86@yahoo.com |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and science Q Science > QB Astronomy > Descriptive astronomy > Solar system |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
| Journal or Publication Title: | eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018) |
| ISSN: | 978-967-15434-3-6 |
| Volume: | 1 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | pp. 686-694 |
| Keywords: | Islamic astronomy, Prayer, Time (Islamic law) |
| Date: | 2018 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133201 |
