Abstract
Faktor politik dan keamanan negara telah menyebabkan pertumbuhan
ekonomi negara yang begitu pesat. Dari kepesatan ekonomi ini telah
menwujudkan peluang-peluang pembangunan disektor pembinaan yang boleh
mendatangkan pulangan yang lumayan kepada pelabur. Jika dilihat rata-rata
projek pembangunan diwujudkan tidak kira samada projek besar, sederhana
ataupun yang kecil. Namun demikian dalam memikirkan kerancakkan
pembangunan ini dapatlah dilihat apakah faktor yang begitu penting yang harus
dititik beratkan dalam menjayakan sesebuah organisasi pembangunan tersebut.
Pembabitan dalam pengurusan dan perancangan adalah antara antara
faktor penting bagi melancarkan perjalanan projek disamping dapat menemukan
pulangan yang optima kepada pelabur. Perancangan yang diperkatakan adalah
dari peringkat awal sebelum pembinaan, peringkat pembinaan dan peringkat
siap.
Kajian ini akan cuba mengupas secara terperinci tentang pengurusan dan
perancangan projek diperingkat sebelum pembinaan ataupun peringkat pra
pembinaan. lanya akan meneliti tentang aspek perancangan dan pengurusan
diperingkat pre rekabentuk, rekabentuk, perancangan dan pengurusan.
Metadata
Item Type: | Thesis (Degree) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ishak, Wahab UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NA Architecture N Fine Arts > NA Architecture > Aesthetics of cities. City planning and beautifying > Malaysia > Kedah |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Keywords: | Pengurusan projek, Rekabentuk, Sungai Petani, Kedah |
Date: | 1997 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/1332 |
Download
TD_ISHAK WAHAB 97_5 1.pdf
Download (91kB)