Abstract
Pada 7 Oktober 2025, Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA), UiTM telah menerima kunjungan hormat daripada mantan Naib Canselor UiTM, YBhg. Datuk Dr. Hjh. Roziah Mohd Janor. Lawatan ini bertujuan membincangkan pelaksanaan Stand-Alone Micro-Credential (SAMC) di mana UiTM, melalui InQKA, telah dilantik sebagai Quality Verification Centre (QVC) oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA). Lawatan ini bukan sahaja memperlihatkan komitmen berterusan Datuk Dr. Roziah terhadap agenda kualiti pendidikan tinggi, malah menzahirkan kepercayaan terhadap kepakaran UiTM melalui InQKA dalam memperkukuh pelaksanaan SAMC di peringkat nasional dan global. Inisiatif ini turut menyerlahkan peranan UITM sebagai institusi peneraju kualiti dan inovasi akademik, selaras dengan aspirasi untuk memperkasa kebolehpasaran graduan dan memperluas akses kepada pembelajaran fleksibel sepanjang hayat.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, InQKA UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Institute of Quality & Knowledge Advancement (InQKA) |
| Keywords: | KUALITI, InQKA, Kampus Shah Alam |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133179 |
